May 25, 2017

Hello SINGAPORE!

#ThrowbackPost 
19 February 2015

Hello SINGAPORE!

Masih aku ingat, trip backpack aku ke Singapore 2015 dulu dulu hehe.. SG sebuah negara yang majoriti penduduk berbangsa cina dan melayu dekat sana mostly speaking. Environment SG bagi aku sangat best, udara pun nyaman tapi suhu lebih kurang Malaysia je. First time pergi memanglah ajet tourist, lainlah kowg yang duduk dekat sempadan JB dan Woodlands, memang every weekend gamaknya masuk SG. Baru boleh gebang “Aku weekend selalu lepak Singapore” *RollEyes

Take Off With Jetstar
Waktu tu aku aku beli tiket Jetstar Airlines sebab dah muak naik AirAsia, mainstream sangat haha POYO! Harga tiket Jetstar waktu tu, RM69 per trip KL- SG (kalau tak silap, waktu tu Jetstar Airlines baru masuk Malaysia). Aku berangkat ke SG waktu Chinese New Year 2015. Orang cakap memang cari penyakit pergi SG waktu Chinese New Year sebab kebanyakkan tempat akan jadi tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri macam aku, ceh!

I don’t care. That’s what we called experience!

Touch down SG, first thing first dapatkan Singapore Tourist Pass dekat Changi Aiport. It worth every penny guys! Untuk BUS, MRT & LRT kowg boleh gunakan STP, cuma perlu topap kalau duit dalam kad kalau tak cukup *PandaiPandaiLahKowgNakHidup .. Kad STP ni ala ala RapidKL or Touch N Go kalau di Malaysia. Sorry aku lupa about the price.
Singapore Tourist Pass
Second thing, bila datang SG kenalah pandai baca map train, contoh route keluar dari Changi Aiport untuk ke hotel/ hostel kowg. Bagi aku, train di SG memang superb dan efisyen plus takde lah complicated sangat macam di Korea atau Jepun *ngeee! Aku booked hostel berdekatan Lavender Road. Selesai check-in, terus pergi berjalan sekitar Merlion Park. Wajib datang ke area Merlion Park sebab ada tugu kepala singa *SelfieTime, hehehe.

Should Try!
Wafer Ice Cream at Merlion Park
Singapore - Merlion Park

Untuk makan malam, kami ronda ronda sampai ke Golden Mile Complex SG, area sinilah yang ada sup tulang merah yang famous dan viral, plus, kowg kena rasa air tebu yang dijual di foodcourt tu, seriously bila balik Malaysia pun still teringat-ingat akan kelazatan air tebu SG. *LempangLelaju.
Hari kedua, aku ke Universal Studio Singapore, ahhhhh.! That’s my main target, USS!! Checklist tick. Oh ya! Tiket masuk ke USS aku beli di Changi Airport, harganya lebih murah berbanding beli melalui ejen-ejen di Malaysia. Harga kalau tak silap around 172SGD (current time rate). Kalau kowg beli melalui ejen-ejen di Malaysia which aku pernah tanya, dowg akan cas a bit expensive because included COD charges. It took around 192SGD.
Sup Tulang Merah, Lazeeeez!!
Seharian berjalan di USS, aku makan malam di Restoran Zam Zam, yang terletak di Arab Street dan berdekatan dengan Masjid Sultan. Di SG, chances untuk kowg sesat tu zero % lah, melaikan kowg tak reti baca route dari mana dan kemana *hehehe.

Universal Studio Singapore! WootWoot!
Fenfeeling Retis at New York Street
Hari ketiga aku ke Mustafa Center! Seriously tempat wajib pergi kalau ke SG. Shopping center 24jam di SG. Shopping-lah sampai muntah. Tapi Mustafa Center, takdalah jual barang barang branded macam dekat Orchard Road. Bagi aku ala –ala Giant, Mydin and Sunshine di Penang gituuu. Bagi pengumpul perfume tegar macam aku, boleh datang beli dekat sini pasal murah, seriously murah even dalam SGD! Ingat lagi, aku pernah kena sound dengan pekerja MC, pasal tanya tentang perfume fake ke ori *Hahaha..CariPasal dia siap cakap “Singapore semua barang ori, takda fake” – Okay Mak terdiam noks! *FlipHair.

Lepas ke Mustafa Center kami jalan-jalan sekitar Orchard Road dan Little India SG, suasana lebih kurang Malaysia Cuma yang mengagumkan aku, jadual bas atau train SG sangat-lah SUPERB. Maybe sebab SG ni country yang kecik, so senang govt. dowg manage.
Hari ke-4, hari pulang ke Malaysia dari liburan. Aku pulangkan balik Singapore Tourist Pass di station MRT or LRT berdekatan, kowg akan dapat refund baki dalam kad dan boleh balik Malaysia dengan hati gembira.

Till then, my trip to Singapore for 4D3N. 

InsyaAllah boleh pergi lagi by car maybe. *ngeee.



It's Been A While!

Assalamualaikum and hello fellas! It's been a while aku tak tulis BLOG! Dah 4 tahun since 2013 after aku graduate.

Rindunya lahaiii.Waktu study dulu rajin aku menulis tapi untuk mengarang macam buku tu, edokkk lerr.. heee..

Banyak story yang nak aku ceritakan.

Okaylah sampai ketemu lagi di next post!

March 19, 2013

Welcome Home Babeh!

Untuk dia.. heyyyy!

Hahaha.. takda kena mengena.. Today aku happy sebab tadi dah pegi jemput Tiger balik.. Budak temok tu mesti rindu gilaaa bau rumah kan kan kan..

Hari neh dah masuk hari ke-6 Tiger kena operate (Spay). Lepas ja bayar bil perubatan dan dokter pesan datang balik rabu or khamis neh untuk buka jahitan perut Tiger apa suma, aku terus drive balik.. Si Tiger asyik mengiaw ja dalam kereta, sakit agaknya.. Sampai ja, depan pintu aku buka gate cage dia.. Terus dia ke bilik air.. WAH!!! Dia tahan nak berak kencing rupanya.. Bagus anak kucing aku neh, dia dah di latih dari baby berak kencing dalam bilik air.. Tiger memang takda tempat berpasir untuk dia berak kencing.. SEBAB! aku tak galakkan dan rumah boleh berbau.. Eeeuuu! Tambahan lagi, Si Tiger neh jenis pembersih.. Aku penah kurung dia dalam cage untuk 1 day, dia boleh tahan sampai aku balik.. Berlari kauu masuk bilik air HAHAHA..



Lepas ja berak dengan kencing, aku gaulkan nasi dengan ikan kembung rebus untuk Tiger tapi mengiaw lagi rupanya dia nak makan snack jugak aihhh lapar tahap wisdom anak kucing aku neh.. Untuk snack Tiger suka sangat SmartHeart Mackerel.. Dulu penah bagi Whiskas tapi dia makan tak abis.. Maybe tak sedap kot *heeee*

Kesian bulu anak kucing saya kena togel *Heee


Okelah, ngantuk sudah bah!

Nak tido peluk Tiger!


March 15, 2013

Hepi for you

Harini 14 March 2013,

Hari kedua after Tiger operate semalam.. Dia dah nampak oke.. Muka dia dah ceria.. *Ye ye ja aku neh hahaha*

TENGOK ye!

Yayyyy! Tiger dah mengiawww

Ishhh.. riso dia duduk mcm gitu

How do i look? Hahaha
Dokter cakap Tiger takda problem apa-apa.. Dia dah sihat.. Cumaaaaaa.. Dia taknak makan.. *Hmmm* Aku riso bila dia takmo makan.. Sampaikan dokter suruh paksa bagi makan tadi.. Aku dah try bagi makan pun dia takmo.. Mesti Tiger rindu nak makan nasi dengan ikan kembung rebus feveret dia kan kan.. 

Esok aku bawakkan ye sayang.. Tak sabar nak jumpa esok..

Get Well Soon, TIGER!

Dear, 13-3-13


13 March 2013,

MUNGKIN tarikh yang aku tak kan lupakan seumur idop.. Aku sedih sangat nak cerita.. Sambil taip pun aku menangis macam hapa..

Aku mintak maaf sesangat.. Aku takda niat nak lukakan hang.. Aku sayang sesangat kat hang oke.. Hang bagaikan teddy bear idop untuk aku *Heee..* Haritu aku beranikan diri bertemankan mak ke klinik nak buat operation tu jugak, walaupun hati tekad TAK NAK!  Before tu, banyak research aku buat, gugel and baca blog-blog..  Based on their experience memang banyak.. Oke info dah belambak aku kumpul plus dari dokter juga.. FUH! Aku masih lagi tak buat apa-apa keputusan..  Emak pun bagi nasihat plus si dokter juga.. Nak tak nak aku kena wat untuk kebaikkan semua especially DIA..

Malam before operate tu, aku sembang dengan dia.. Aku bagitaw esok dia kena operate so kena puasa ye sayang.. Dia buat dek ja *Hahaha..* Saba ja aku layan dia.. Macam orang tak siuman pon ada.. Esok tu, pepagi aku dengan mak teman dia pegi klinik.. Dia still nampak relax, cool habis tapi mulut tak banyak cakap.. Hmmm riso pulak aku.. Sampai ja, dokter check tahap kesihatan apa suma dulu before masuk bilik operation.. AKU BERDEBAR! Aku sempat say SORRY! Dekat dia.. Cium dia pepuas dulu..
Habis operation, petang tu jugak aku langkahkan kaki lawat dia.. Aku ajak mak, dia cakap tak sanggup nak pegi tengok.. L Aku pergi sowg ja.. Sampai-sampai, aku kena tunggu kejap.. Banyak soklan aku tanya nurse kat situ sowg pun macam bengong nak bagi jawapan.. *TAH APA-APA! Dowg suro aku masuk bilik belakang.. HOMAIIIII *Otomatik aku nangis* Aku tengok dia terbaring.. Luka kat perut tu still ada kesan darah bercampo iodin sket.. Jahitan tu kemas, rapi.. Aku terkesima, sedih abis..

ALLAH ja tahu perasaan aku..

Bila aku dekatkan diri dengan dia.. Dia tengok aku seolah-olah tahu aku datang lawat.. Terus dia bingkas bangun even dia still tak bapa oke lagi kesan ubat bius operate pagi tadi.. Mengalir-galir siot air mata neh.. SIYESLY! Rasa bersalah ya amat.. Ya Allah, ampunilah dosa aku neh.. Aku takda niat nak naya dia.. Infact, aku sayang dia sangat! Aku kuatkan hati.. Aku suruh dia be strong juga *Bajet macam dia paham..* Aku rasa dia bangun sebab dia takmo aku tengok dia lemah kot.. Ke aku yang buat andaian sendiri *Hahaha wateva*

TIGER, (Nie lah nama kucing kesayangan aku heeee)

Cepat sembuh oke.. Aku spay hang sebab aku sayang hang.. Aku tak sampai hati tengok hang merengek “on heat” pastu tak lalu makan nanti Tiger sakit aku tak sanggup tengok.. Tayunk kuatkan.. Nanti kita balik, kita tangkap burung, main tali, main kejar-kejar, mandi bagi wangi and tido atas katil empuk macam tiger suka oke..
Before the operation

Tiger, I'm sorry!

Dia gagah berdiri jugak.. 
Ouhya, kon yang dia pakai kat leher tu, untuk elak dia jilat badan.. Nanti luka jahitan terbuka
Get well soon sayang..

Sayang Tiger ketat-ketat ;)

March 12, 2013

#SweetEscape 1 - Krabi Island


Krabi and Phuket..

Pernah tak kowg terfikir atau pasang angan-angan nak holiday ke pulau tercantik seperti yang aku sebut diatas?  Ada? Sila angkat jari kelenking *Hikk..Hikk gurau ja*

Januari 2013 aku dah pun menjejakkan kaki ke Krabi dan Phuket Yeayyy! Tak sangka sampai jugak ke pulau angan-angan aku tu untuk bercuti hehehe.. Memandangkan ini percutian bajet beserta tema “Backpacker” aku ikut laluan darat untuk masuk ke sempadan Thailand. Kalau kowg rasa tak berbaloi atau kejar masa, better naik flight. Bagi aku, aku nak enjoy every journey and moment dalam hidup aku so pilih menaiki minivan ke Thailand. Lepas berbincang dengan Mak dan Abah, dowg setuju aku pergi dengan rombongan kerja member aku, kami berempat sumanya.. *Yehaaa..* Berkobar-kobar dan excited aku infom member aku, bagitahu nak follow. Tapi sebelum pergi, aku tak lupa buat research bagai.. Mana bole pergi dengan zero knowledge. Memacam aku gugel pasal Thailand especially about Krabi and Phuket then baca blog-blog dari bloggers yang dah jejakkan kaki ke sana. Banyak info aku dapat dari research tu.. MEKASEH! antaranya currency, culture, musim elok kesana dan paling penting waktu negara yang kita lawati. Suma tu kena tahu. Kalau takmau tahu ikut kowg lah heee..

Oke, tanpa banyak membebel.. *Haaa.. The adventure begins*

 
Dalam minivan, comfort kan? Yes!
Tiket aku beli dua hari sebelum berangkat ke sana di Chulia Street, penang. Memacam travel agency kowg boleh lihat kalau berada disitu. Memandangkan kami semua backpackers dan tak mahu ikut agency rule, kami hanya mengambil service pangangkutan untuk ke destinasi pertama, iaitu Krabi Island. Bagi pendapat aku, tiket yang dijual sangat berpatutan, seorang hanya RM60 ke Krabi.

Kami berangkat dari penang seawal pukul 5 pagi. Kemudian berhenti sebentar di Changloon, Kedah untuk cop passport dan gerak masuk ke Thailand sekitar pukul 10 pagi. So far process neh berjalan lancar takda pulak lambat ke hapa macam blogger-blogger lain kata tentang mutu perkhidmatan boarder sana teruk. Alhamdulillah untuk kami oke! Tapi sebelum tu nanti driver akan minta 20 baht = RM 2.00 untuk tips. 

Finally arrived!
Pastu, driver singgah lunch kat Sadao, Thailand. Makanan yang dijual persis peniaga gerai makanan kelate tu.. Lauk pauk suma sedap baq hang! Heee.. Kat situ dowg still terima duit Malaysia. Harga pun berpatutan. Takda pulak cekik darah ke hapa. Aku amik lauk agak banyak juga aritu, harga dalam sekitar RM5 termasuk air! Selesai lunch, minivan terus gerak ke Krabi tapi ada pit-stop di Hadtyai untuk tukar minivan ke Krabi. Aku ingat terus je ke sana! Tapi jangan risau bayaran tips ke apa mmg takda dan service dowg berikan tip-top! Minivan pun ohsem! Dari Hadtyai kami terus ke Krabi city, kata driver perjalanan amik masa dalam 4 jam Perghh! Tapi tak terasa sebab banyak tido dan bersembang *Heee..* Kalau bosan JANGAN LUPA Ipod!

Sampai ja Krabi city, kami terus kena terjah oleh travel agency kat sana. Tips! Jangan memandai deal apa-apa dengan dowg.. Just cakap kowg backpackers dan nak survey sendiri, dowg akan paham. Siyesly ini berlaku pada aku*Hehe * Aku sampai Krabi city tu dekat pukul 4.30 petang kalau tak silap. Terus berjalan singgah-singgah ke travel agency sana untuk cari pengangkutan ke Ao Nang Beach, Krabi. Sebab menurut research aku, dekat Krabi city takda apa sangat. Tak macam kat Ao Nang Beach!

Ao Nang Beach City
So dapat je tiket minivan agency Matcha Tour harga 350 baht = RM35 sowg, kami terus gerak ke Ao Nang Beach, perjalanan mengambil masa dalam 1jam lebih depend on pit-stop guest yang dowg hantar ke hotel atau resort-resort. Sampai ja Ao Nang Beach, kami kena decide nak stay hotel atau resort mana sebab dah petang sangat. Oke, caranya kami masuk tanya satu per satu hotel kat Ao Nang Beach tu. Game disini kowg kena pandai nego dan deal with dengan dowg. *Dah macam explorace aku rasa hahaha* Finally kami sebulat suara pilih Ao Nang Orchid Resort, Krabi! harga 2400 = RM 240 per night HABIS NEGO!. Not bad! Nice sesangat.. Satu bilik boleh masuk 4 orang sahaja kalau lebih tidak dibenarkan mengikut prosedur resort. Untuk pengetahuan kowg, ada ja backpacker hotel around 600 - 1000 baht after convert around RM 60 - 100 per night. Tapi belum tentu service dan bilik tu oke. Kalau untuk datang honeymoon, memacam pilihan hotel 3, 4 ,5 stars yang murah pon ada tersedia. Rate dalam 3500 ++ baht per night. So, pandai-pandailah cari dan jangan kena KENCING! sudah hehehe.
Siyesly ohsem beach I eva go!

Malam tu, kami keluar jejalan sekitar beach dan makan malam. Pilihan makanan memang banyak tapi hati-hati sebab banyak kedai menjual makanan tidak halal. Night market kat Krabi neh tak banyak beza aku rasa. Ala-ala batu feringgi ja sbab mat bangla and burmanese juga yang jual tapi suasana lagi happening dari penang *siyesly best!* Dah nama pun ke Thailand segala signboard, makanan, entertainment dan merchandise suma mestilah barangan Thailand, aku hanya beli key chain Krabi untuk kenangan sebab kebanyakkan barang aku bole dapat kat Penang dengan harga 100 baht = RM10 dan pulang ke hotel dengan hati yang gembira memikirkan perjalanan esok pulak. Tido tak hingat dunia letih 1 hari perjalanan yang OHSEM!

Oke, cerita neh akan bersambung sebab aku dah ngantuk..

Tungggguuuuu! 

March 11, 2013

Sila beri laluan.. Watchaaaa! I'm back

Title post nak gempaq, up up je kan.. *Hee...*

Assalamualaikum.. Hello.. Ola.. Namaste! My name is Yana Leanna *Nama sebenar & nama glamer hahaha* Fuh! Berabuk sudah blog kesayangan aku neh.. Dah lama tak tulis story baru.. Oke-oke, back to major topik.. Aku dah buat perubahan besar dalam blog aku neh.. Kononya dah perkemaskan supaya lagi fresh.. *Agaknya!* Mungkin sebab aku sendiri serabut tengok baby blog aku yang lama tu.. Penuh dengan cerita basi.. Nie yang excited nak mengarang cerita baru heee.. Memacam aku harungi.. Kalu aku nak taip,rasanya boleh jadi novel FUH!

Cheritamata blog aku tu dah dihapuskan sama sekali cuma post lama still ada untuk tatapan semua *Bajet ramai peminat ja aku ni kan hahaha* Wateva! So kalu kowg baca previous entry mesti ada trademark picture "Cheritamata blogspot" tu sila ABAIKAN! buat tak nampak heeee..

KERANA blog saya sudah berwajah baru Yeayyyy! Akulah blogger paling rajin tukar-tukar template bagai *Senyum kerang busuk sket*

Sooooo...

HELLO BLOGGER!!!

I'm back gyeahhhh..

September 16, 2012

#Quote

wateva it is

no matter what happend 

I NEED TO STAY STRONG!!!


June 29, 2012

#Quote



#SelfMotivated 3 - Reward Yourself

      Hey Hey Hey! Haa.. Kalau tengok title entry aku macam tu, sudah semestinya post aku berkaitan workout, workout and workout.. Aku tawu mesti ada yang bosan sebab hari-hari kena workout! Okeh, ini yang aku lakukan untuk tidak bosan.. Aku akan reward diri sendiri dengan beli pakaian sukan atau kasut atau apa saja berkaitan senaman yang kita lakukan.. Dengan suma material ni, kita akan jadi lebih bersemangat TRUST ME!

example

      Uolls, itu adalah salah satu cara kita nak disiplinkan diri plus buatkan mentaliti kita lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.. #AyatDahMacamMajalah HAHAHA  Haa? Uolls dah cuba buat rutin workout iolls tu? Amacam? Berkesan tak? DO COMMENT! hehehe..




p/s : Jualan murah di Al-Ikhsan.. Pakat mai ramai-ramai HEHEHE

#SelfMotivated 2 - The Plan


      Hello olls, okeh.. Previous entry iolls lupa nak bgtaw workout apa yang iolls buat.. Oke bawah neh uolls cuba buat dekat rumah okeh.. Tak maw kat rumah, suka hati koranglah! HAHAHA..

Rutin workout iolls #AcahAcahSket HEHEHE!



  • 20 Kali sit-ups
  • 20 Kali air cycling legs
  • 20 Kali tummy crunch (Duduk, lutut ke dada.. ala2 sit up ke kiri kanan)
  • 10 Kali full squat
  • 20 Kali vertical legs crunch (Kaki kat atas then crunch mcm sit-up)
  • 20 Kali star jump
  • 10 Kali half squat
      Okeh! itu sahaja.. Uolls cuba cabar diri buat suma workout tu.. Buat berulangkali BUKAN sekali.. Kalau sekali serupa tak bersenam HEHEHE.. dan jangan ingat workout simple macam tu senang.. GANJARAN untuk workout ni PELUH! :p




p/s : Tukar-tukar senaman untuk tidak membosankan.. CUBALAH DAN TAK RUGI 

#SelfMotivated - I Earned NOT given


      Nampak gambar hiasan sebelah tu? Haa.. Nak body camtu? So let's workout jangan asik makan ja! #MotivateMyself  HUHUHU  Kadang aku rasa dying nak body camtu.. Perghhh! Tak payah personal trainer pun kau dah bole kurus noks! Tak percaya lagi? Meh aku share workout routine aku #BajetSangat HAHAHA.. Bukan apa, aku nak share pengalaman aku dengan uolls suma sebab zaman tok kaduk dulu aku GEMOKS!
      Haaa! kan aku dah higlight word gemoks tu! Say NO to fat! Sekarang ni bukan aku tak bersyukur dah kurus, cumanya badan aku naik balik.. Bak kata pepatah, naik senang turun susah! Tapi dah sebulan aku start balik rutin senaman aku plus dengan adanya treadmill kat rumah disertakan dumbell boleh la aku jadi wanita berotot kauuu! HAHAHA.. #GeliMakAdaOtot.. Beside, aku tak pernah fikir nak makan atau amik pil apa-apa untuk kurus.. Itu bukan best solution utk body aku! Sebab once you stop eating that bullshit, your weight might increase HUHUHU takot kan? So ladies, stop eating those bullshit! 
      Seriously aku TAKDA pantang untuk makan, aku makan ikut sedap and bedal saja.. TAPI! ingat kalau dah makan pun ikut bedal, uolls pun kenalah bedalkan diri uolls! HEHEHE So the best workout lepas makan bedal adalah KARDIO.. Tak taw apa tu kardio? klik sini Dah baca? Oke Good.. So mari ber-kardio untuk stress relief bukan tu saja, banyak manfaat kita bole dapat.. Jangan asik fikir MAKAN! MAKAN! MAKAN! 



p/s : Jadi insaf makan setelah berat badan NAIK! hmmm..

February 16, 2012

T I P S : #2 Messy Hair Bun

      This time aku nak share cara-cara aku buat Messy Hair Bun.. Member aku ada gak duk tanya macam mana aku buat rambut aku ala-ala sanggul tak berapa nak sanggul tu *Korean/Japan style gitew..Ngeee~ Untuk style ni, aku suka ikat bun aku tinggi-tinggi.. Mak aku cakap, dah macam mak orang.. *Pekak kan telinga saja *HEHEHE.. Meh, aku kongsikan cara-cara aku buat rambut aku..

      Hokeh, first thing.. benda yang uolls perlu ada ialah pin rambut, yang warna hitam tu.. Tak pun guna klip rambut yang uolls suka, samada yang ada riben ke, bling-bling ke, whatsoever laaa.. *Janji uolls bahagia.. Oke lagi satu benda yang uolls boleh guna, of course getah rambut.. Ikut ketebalan rambut uolls.. Kalau aku, aku suka guna klip rambut.. Aku beli banyak klip rambut tapi tak tahu pergi mana.. Nanti yang tinggal 1, 2 ja *HAHAHA Tak kelakar pun okeh.. NEXT!

Pin, Klip, getah RAMBUT

Gambar berikut adalah cara-cara aku buat Messy Hair Bun style aku :


Step 1- 5.. SIMPLE!


     Bukan aku tak nak terangkan step-step macam tips aku sebelum neh.. Aku malas nak menulis sebab uolls akan malas nak baca TAK GITU? hehehe so.. Uolls tengok picture tu, try cuba ye sebab style neh memang dah lama 'IN'.. Ingat! JANGAN guna sikat.. Kalau uolls guna sikat, itu dah bukan messy hair bun namanya itu dah macam sanggul penari ballet :)) JANGAN tarik rambut kemas sangat.. waktu nak klip rambut, renggangkan sedikit supaya uolls tak rasa ketat dibahagian rambut uolls..

Harap-harap uolls puas hati ye.. Mana yang rasa tak perlu aku post pasal TIPS nie, terima kasih atas kritikan :)) Saya hanya berkongsi *HEHEHE.. Itu sajalah rasanya untuk post kali ni..

Papai (Bye-bye)

p/s : Nak nampak lagi stylo? gayakan dgn RayBan Aviator :D


February 15, 2012

T I P S : #1 Lips / Bibir

Assalamualaikum,
     Post kali ni aku nak share serba sedikit tentang cara pemakaian Lipstick atau nama melayu-nya Gincu bibir *Teehee  yang aku amat puas hati selepas membeli lipstick yang sesuai dengan aku.. Tak seperti sebelumnya, tiap kali pakai tiap kali tulah bibir aku kering.. Kadang sampai malas nak pakai, oles lipbalm ja.. Bila dapat je idea menulis, aku terus muntahkan dalam blog aku neh *HAHAHA post ini *Khusus untuk perempuan ye J  dan tidak ada kena mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia – Apakah karut pulak nehhh..

*Masalah Negara sungguhlah kau neh.. #Talk to myself huhuhu~

      Hokeh, the basic step yang aku selalu buat dan semestinya semua perempuan buat sebelum oleskan sebarang lipstick pada bibir adalah memakai “Chapstick” atau Lipbalm *Kalau tak tahu apa tu, aku pun tak tahulah apa masalah kowg hahaha..

      Step 2 : Aku akan buat line pada bibir, kadang tak buat juga sebab MALAS! #The best word J  dan sebelum tu, aku akan ratakan lipbalm bibir aku dengan jari supaya tak nampak berkilat.. Uolls tak caya bole buat.. HUHU~ Brand aku pakai Vaseline petroleum jelly dan TheBodyShop : Raspberry born lippy

Raspberry flavor tu yumss

      Step 3 : Oleskan  lipstick warna kegemaran pada bibir.. Cara oleskan, dab pada bibir jangan main sapu ja.. Sebab nanti boleh menghasilkan warna bibir yang extreme pulak.. Uolls boleh tengok hasil yang berbeza dari dua jenis teknik tadi.. Brand lipstick, Revlon Super Lustrous : Pink in the afternoon (415), Heavy Rotation Milky Lips : Nudy (03), Revlon Colorburst : Fuchsia (030), Maybelline Watershine : Natural (111)
     Oh ya! Milky Lips dari Heavy Rotation (product of korean) tu adalah Lip concealer merangkap lipstick juga.. Aku gunakn untuk tone down warna lipstick Fuchsia aku sebab terlampau terang.. *Aku beli sebab suka tengok Rihanna pakai HAHAHA.. So bila dah gabungkan kedua-dua lipstick tadi.. HASIL DIA.. *ThumbsUp Baq Hang..

Guna kamera fon je


     Step 4 : Now time merapikan lagi bibir uolls, ada setengah suka oleskan LipGloss tapi aku tak berapa suka sebab nanti bibir aku nampak smoking hot *HAHAHA takdela.. Nampak besar sebab bibir aku memang dah mungil gitew *Eceh-ceh! Perasan!
      Untuk pengetahuan uolls, ini adalah tips pertama blog aku *WOhOO.. Tujuannya bukanlah nak menunjuk ke hapa, sekadar nak berkongsi cerita.. Bagi yang tak suka tu, I’M SORRY *Bak kata Amir Raja Lawak huhu~ Hokeh! Sampai jumpa lagi dilain post ya..

Papai (Bye-bye)

p/s : Marilah berkongsi Tips 


February 14, 2012

1st P O S T of 2 0 1 2

Helo Helo Helo..
                To my beloved Readers, (konon mcm ramai haha) aku nak mintak maaf sebab dah lama gilerrr iolls tak post any entry since aku sangat busy setelah masuk semester baru.. Nanti bila aku dah ready nak update blog, aku akan tulis seberapa banyak cerita yang dah berlaku dekat aku oke.. Take care olls :))



November 24, 2011

Digital Single Lens Reflex

      Hello uolls, post kali nie aku nak cerita tentang Nikon D7000 yang aku baru dapat pegang secara RASMINYA pada 17 November 2011 hahahaha.. *Saja buat gempaq sket.. U guys know what??? D7000 adalah diantara Nikon TERBAIK! tak pecaya Google yah ^_^ For u guys information, Nikon D7000 ni upgraded from Nikon D90 *kesahihan banyak mana aku pun tak pasti lagi.. Tapi D90 tiada dalam list kategori terbaik Nikon, overall full satisfied juga kalau pakai D90 sebabnya, kezen aku guna dan AF dia quite oke iaitu 11. Tak boleh beat dengan D7000 iaitu AF 39 fuh!.. Image SUPERB! Lagi satu, aspek atau ciri-ciri penting penggunaan DSLR adalah ISO, Aperture and Speed plus WB pun kena amik kisah haaa most important AF ataupun Focus..

JANGAN sekadar snap picture guna AUTO! *Itulah yang Abah selalu pesan kat aku -_-  Aku bukanlah nak riak ke hapa.. Aku cukup bersyukur dapat ber MENTOR kan abah aku sendiri.. Abah la yang ajar cara-cara manual dalam menghasilkan sesebuah gambar.. Macam mana nak control itu, ini.. Nak buka batery pack, guide using tripod, cuci lens EVERYTHING Semua tu penting.. Kadang sampai tengah malam kami duk photoshoot hahahaha.. Cuti semester yang menyeronokkan bagi aku.. Mak? Mak ikut je mana kami pergi.. Sedia menanti dan menunggu hehehe *TQ mak <3 YOU!

      Oke, Gambar-gambar dibawah ni adalah hasil kerja aku sendiri.. 2,3 je aku upload.. Nak kata cantik sangat tu, tidak lah juga hehehe.. Tapi oke la daripada K.O hehehehe..

by Nikon D7000

Penang Court

Padang Kota Lama
Penang Court





p/s : Next destination..


November 23, 2011

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

      
Disini aku nak ucapkan sekalung TAHNIAH! pada skuad Harimau Muda Malaya kita dalam perlawanan akhir bola sepak bertemu Indonesia pada 21 Nov 2011.. Harimau Muda sekali lagi dah patahkan sayap Garuda nampaknya hehehe.. Biarpun menang penalti, MENANG TETAP MENANG.. Proud of you Malaysia!!! and Proud to be Malaysian!!! 

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


NAK ADOPT! : baby tiger HEHEHEHE

p/s : KFCM and BB the best malam tu..



August 22, 2011

U N H A P P Y . M O N D A Y

      Salam readers! haa.. baca je title post aku mesti kowg nak tahu kenapa aku unhappy kan.. hmm.. Aku ingat pagi isnin aku boleh settlekan semua kerja aku.. Antaranya :

1. Pegi Dewan Biru, amik tag moto  DONE
2. Pegi Canselori tanya pasal PTPTN  -
3. Pegi FITM tanya tentang pencil case yang misplace  -
4. Pegi fotostat assignment Expert System & Knowledge Engineering  DONE 
5. Packing baju and anything yang berkaitan cuti yehuuu..  DONE


      Yang mana berkaitan dengan DONE tu, maksudnya kerja aku dah settle.. Yang Hang Down tu yang meng-geramkan aku! haishhh.. Aku ingat hari ni bole la settle semua sebelum aku balik hometown aku esok, tapi kita merancang Tuhan yang tentukan kan..
   
      Aku awal-awal pagi lagi dah excited bangun untuk siapkan semua yang Hang Down tu, bila pegi je canselori, orang Hep bahagian PTPTN tu cuti.. Lorhhh.. Bole pulak kau cuti isnin, dah tu dekat nak raya pulak.. Hmm saba je aku.. Aku memecut ke FITM, fakulti aku.. Nasib tak jauh *huhuhu.. Sampai je FITM aku terus meluru ke LT [ Lecturer Theater ] niat nak amik balik pencil case aku yang aku tertinggal pas buat mid-term sabtu hari tu.. Malangnya Mak cik cleaner kat sana bagitahu pencil case tu tak de dah.. Aduhhh! hampa aku rasa.. Aku sayang pencil case tu, macam-macam barang ada dalam tu.. Ya Allah! dugaan-dugaan.. Tapi tu memang salah aku pun.. hmmm k la kowg.. Mood aku dah hilang.. Rasa unhappy! Jumpa di next post...


p/s : nak tido, dari semalam tak dapat tido..



D E N D A N G . P E R A N T A U

Salam readers! Harini dah masuk tarikh 22 Ogos 2011 tepat pukul 3.30 pagi.. Aku macam biasa, tak bole tidur lagi.. Hmm.. Aku dah rasa tak sabar nak balik esok, 23 Ogos 2011.. Balik mana? Balik hometown aku la, Penang *hehehe..

Kelmarin aku berbuka puasa dengan housemate aku dan juga family aku.. Wah! Tapi family dalam SKYPE jela *ngeee.. Seronok juga eh, bebuka cam gitu.. Even dowg jauh, dengan internet kemudahan dihujung jari saja, macam aku tengah buat neh.. *update using BB hehe..

Oke la suma, need to sleep.. Dan aku tak bangon saho agaknya sebab dah saho kul 2 tadi hehehe.. Pada yg bangon saho, selamat bersahur.. :))

p/s : kadang bangun minum ja

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 16, 2011

V A R I E T Y . S T O R Y

      Salam Ramadhan ke-16 to all my Readers, woahhh.. tinggal 2 minggu lagi untuk kita sama-sama beribadat serta memohon doa kepada Allah dan menyambut Aidilfitri. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan kali ni..

     First of all aku minta maaf sangat-sangat kalu dah lama tak update post, yela.. Keje main POLYVORE je hehehe.. Yang terkini aku gila main ANGRY BIRD plak.. At first aku tak suka, bagi aku itu game yang karut.. Maw tak nya, kita kena lastik babi *ehem.. ayat sopan.. khinzir hahaha.. Lama-lama aku dah suka main game tu hahaha.. Once kowg dah dapat score, *perghhh!!! time tu memang sangat seronok.. kredit kepada Diha untuk game ANGRY BIRD  *ngeeee.. :))

      Bercakap pasal ANGRY, tetiba aku rasa angin dengan budak sekor neh.. Aku dapat cerita dari si polan budak rumah lama aku time kat Hostel waktu aku last diploma dulu.. Mengatakan, si BELLE ada masuk bilik aku senyap-senyap waktu aku mandi and copy file picture aku.. Sebab tu aku sangat tak suka orang ganggu PRIVASI aku.. Aku ingat kisah dia curi picture kat pendrive aku dah TAMAT! rupanya dot dot dot..

Sesi soal jawab, Apa kowg yang fikir tentang pompuan ni???
A) Gilaagaknya
B) Stalker kuat
C) Penyakit Hasad Dengki la tu

      Bagi aku, semua jawapan diatas adalah jawapan aku! pompuan ni sangat gila agaknya.. Apa motif dia pun tah la.. Kenapalah orang selalu buat perangai macam tu kat aku? masuk dia, dah 3 orang perangai lahanat macam dia.. Haihhh.. Disebabkan pompuan-pompuan perangai macam neh, hidup aku still oke malah bertambah oke, tapi dowg? tah kemana-mana pastu semua orang tak suka dengan perangai dowg, bahagia ke weh..*Manusia Bodo adalah huhuhu..

Nak kata aku lawa? 
semua yang dengki kat aku suma lawa except BELLE haha..
Nak kata aku ada kereta? 
aku naik moto je pon, berpanas berhujan.. kowg relax bawak kereta..
Nak kata aku kaya? 
Halu-halu, kowg tu canang kowg 'anak dato, tan sri suma bagai' shopping sana sini hahaha lastly beg, baju aku juga kowg nak pinjam..
Nak kata BF aku kaya? 
Hahaha.. BF aku biasa ja! BF kowg kaya meletop pomm pomm macam bunyi mercun..
Nak kata aku ramai kawan? 
Tapi sapa yang lalu atau tersempak depan aku adalah 'kawan' dowg padahal aku kenal orang tu, bila aku tanya, orang tu xkenal kowg pun..
Nak kata parent aku kaya?
Kowg cakap parent kowg kerja SUPERB, hebat, bagus.. Ayah mejar general la.. Lecturer la.. Businessman la.. padahal, cakap cam keling!

      So, kenapa perlu dengki kat aku dan perlu ke stalk hidup aku.. hey, AKU BIASA JA, sapa yang kenal dan dah lama kawan dengan aku TAK DE masalah pun, kowg yang aku baru kenal 1, 2 sem perangai dah macam sundal kenapa? suka eh masuk BLOG aku? hahaha.. Mekaseh la :))

So apa kata kowg fikir sendiri kenapa dowg berperangai dengki dan suka stalk aku.. SEBAB, aku dah buntu nak cari apa jawapannya..

Oke, sebelum aku merepek lagi, aku benti kat sini. :))




p/s : selesa bersendirian dan buat hal sendiri