Showing posts with label cats. Show all posts
Showing posts with label cats. Show all posts

March 19, 2013

Welcome Home Babeh!

Untuk dia.. heyyyy!

Hahaha.. takda kena mengena.. Today aku happy sebab tadi dah pegi jemput Tiger balik.. Budak temok tu mesti rindu gilaaa bau rumah kan kan kan..

Hari neh dah masuk hari ke-6 Tiger kena operate (Spay). Lepas ja bayar bil perubatan dan dokter pesan datang balik rabu or khamis neh untuk buka jahitan perut Tiger apa suma, aku terus drive balik.. Si Tiger asyik mengiaw ja dalam kereta, sakit agaknya.. Sampai ja, depan pintu aku buka gate cage dia.. Terus dia ke bilik air.. WAH!!! Dia tahan nak berak kencing rupanya.. Bagus anak kucing aku neh, dia dah di latih dari baby berak kencing dalam bilik air.. Tiger memang takda tempat berpasir untuk dia berak kencing.. SEBAB! aku tak galakkan dan rumah boleh berbau.. Eeeuuu! Tambahan lagi, Si Tiger neh jenis pembersih.. Aku penah kurung dia dalam cage untuk 1 day, dia boleh tahan sampai aku balik.. Berlari kauu masuk bilik air HAHAHA..



Lepas ja berak dengan kencing, aku gaulkan nasi dengan ikan kembung rebus untuk Tiger tapi mengiaw lagi rupanya dia nak makan snack jugak aihhh lapar tahap wisdom anak kucing aku neh.. Untuk snack Tiger suka sangat SmartHeart Mackerel.. Dulu penah bagi Whiskas tapi dia makan tak abis.. Maybe tak sedap kot *heeee*

Kesian bulu anak kucing saya kena togel *Heee


Okelah, ngantuk sudah bah!

Nak tido peluk Tiger!


March 15, 2013

Dear, 13-3-13


13 March 2013,

MUNGKIN tarikh yang aku tak kan lupakan seumur idop.. Aku sedih sangat nak cerita.. Sambil taip pun aku menangis macam hapa..

Aku mintak maaf sesangat.. Aku takda niat nak lukakan hang.. Aku sayang sesangat kat hang oke.. Hang bagaikan teddy bear idop untuk aku *Heee..* Haritu aku beranikan diri bertemankan mak ke klinik nak buat operation tu jugak, walaupun hati tekad TAK NAK!  Before tu, banyak research aku buat, gugel and baca blog-blog..  Based on their experience memang banyak.. Oke info dah belambak aku kumpul plus dari dokter juga.. FUH! Aku masih lagi tak buat apa-apa keputusan..  Emak pun bagi nasihat plus si dokter juga.. Nak tak nak aku kena wat untuk kebaikkan semua especially DIA..

Malam before operate tu, aku sembang dengan dia.. Aku bagitaw esok dia kena operate so kena puasa ye sayang.. Dia buat dek ja *Hahaha..* Saba ja aku layan dia.. Macam orang tak siuman pon ada.. Esok tu, pepagi aku dengan mak teman dia pegi klinik.. Dia still nampak relax, cool habis tapi mulut tak banyak cakap.. Hmmm riso pulak aku.. Sampai ja, dokter check tahap kesihatan apa suma dulu before masuk bilik operation.. AKU BERDEBAR! Aku sempat say SORRY! Dekat dia.. Cium dia pepuas dulu..
Habis operation, petang tu jugak aku langkahkan kaki lawat dia.. Aku ajak mak, dia cakap tak sanggup nak pegi tengok.. L Aku pergi sowg ja.. Sampai-sampai, aku kena tunggu kejap.. Banyak soklan aku tanya nurse kat situ sowg pun macam bengong nak bagi jawapan.. *TAH APA-APA! Dowg suro aku masuk bilik belakang.. HOMAIIIII *Otomatik aku nangis* Aku tengok dia terbaring.. Luka kat perut tu still ada kesan darah bercampo iodin sket.. Jahitan tu kemas, rapi.. Aku terkesima, sedih abis..

ALLAH ja tahu perasaan aku..

Bila aku dekatkan diri dengan dia.. Dia tengok aku seolah-olah tahu aku datang lawat.. Terus dia bingkas bangun even dia still tak bapa oke lagi kesan ubat bius operate pagi tadi.. Mengalir-galir siot air mata neh.. SIYESLY! Rasa bersalah ya amat.. Ya Allah, ampunilah dosa aku neh.. Aku takda niat nak naya dia.. Infact, aku sayang dia sangat! Aku kuatkan hati.. Aku suruh dia be strong juga *Bajet macam dia paham..* Aku rasa dia bangun sebab dia takmo aku tengok dia lemah kot.. Ke aku yang buat andaian sendiri *Hahaha wateva*

TIGER, (Nie lah nama kucing kesayangan aku heeee)

Cepat sembuh oke.. Aku spay hang sebab aku sayang hang.. Aku tak sampai hati tengok hang merengek “on heat” pastu tak lalu makan nanti Tiger sakit aku tak sanggup tengok.. Tayunk kuatkan.. Nanti kita balik, kita tangkap burung, main tali, main kejar-kejar, mandi bagi wangi and tido atas katil empuk macam tiger suka oke..
Before the operation

Tiger, I'm sorry!

Dia gagah berdiri jugak.. 
Ouhya, kon yang dia pakai kat leher tu, untuk elak dia jilat badan.. Nanti luka jahitan terbuka
Get well soon sayang..

Sayang Tiger ketat-ketat ;)