May 25, 2017

Hello SINGAPORE!

#ThrowbackPost 
19 February 2015

Hello SINGAPORE!

Masih aku ingat, trip backpack aku ke Singapore 2015 dulu dulu hehe.. SG sebuah negara yang majoriti penduduk berbangsa cina dan melayu dekat sana mostly speaking. Environment SG bagi aku sangat best, udara pun nyaman tapi suhu lebih kurang Malaysia je. First time pergi memanglah ajet tourist, lainlah kowg yang duduk dekat sempadan JB dan Woodlands, memang every weekend gamaknya masuk SG. Baru boleh gebang “Aku weekend selalu lepak Singapore” *RollEyes

Take Off With Jetstar
Waktu tu aku aku beli tiket Jetstar Airlines sebab dah muak naik AirAsia, mainstream sangat haha POYO! Harga tiket Jetstar waktu tu, RM69 per trip KL- SG (kalau tak silap, waktu tu Jetstar Airlines baru masuk Malaysia). Aku berangkat ke SG waktu Chinese New Year 2015. Orang cakap memang cari penyakit pergi SG waktu Chinese New Year sebab kebanyakkan tempat akan jadi tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri macam aku, ceh!

I don’t care. That’s what we called experience!

Touch down SG, first thing first dapatkan Singapore Tourist Pass dekat Changi Aiport. It worth every penny guys! Untuk BUS, MRT & LRT kowg boleh gunakan STP, cuma perlu topap kalau duit dalam kad kalau tak cukup *PandaiPandaiLahKowgNakHidup .. Kad STP ni ala ala RapidKL or Touch N Go kalau di Malaysia. Sorry aku lupa about the price.
Singapore Tourist Pass
Second thing, bila datang SG kenalah pandai baca map train, contoh route keluar dari Changi Aiport untuk ke hotel/ hostel kowg. Bagi aku, train di SG memang superb dan efisyen plus takde lah complicated sangat macam di Korea atau Jepun *ngeee! Aku booked hostel berdekatan Lavender Road. Selesai check-in, terus pergi berjalan sekitar Merlion Park. Wajib datang ke area Merlion Park sebab ada tugu kepala singa *SelfieTime, hehehe.

Should Try!
Wafer Ice Cream at Merlion Park
Singapore - Merlion Park

Untuk makan malam, kami ronda ronda sampai ke Golden Mile Complex SG, area sinilah yang ada sup tulang merah yang famous dan viral, plus, kowg kena rasa air tebu yang dijual di foodcourt tu, seriously bila balik Malaysia pun still teringat-ingat akan kelazatan air tebu SG. *LempangLelaju.
Hari kedua, aku ke Universal Studio Singapore, ahhhhh.! That’s my main target, USS!! Checklist tick. Oh ya! Tiket masuk ke USS aku beli di Changi Airport, harganya lebih murah berbanding beli melalui ejen-ejen di Malaysia. Harga kalau tak silap around 172SGD (current time rate). Kalau kowg beli melalui ejen-ejen di Malaysia which aku pernah tanya, dowg akan cas a bit expensive because included COD charges. It took around 192SGD.
Sup Tulang Merah, Lazeeeez!!
Seharian berjalan di USS, aku makan malam di Restoran Zam Zam, yang terletak di Arab Street dan berdekatan dengan Masjid Sultan. Di SG, chances untuk kowg sesat tu zero % lah, melaikan kowg tak reti baca route dari mana dan kemana *hehehe.

Universal Studio Singapore! WootWoot!
Fenfeeling Retis at New York Street
Hari ketiga aku ke Mustafa Center! Seriously tempat wajib pergi kalau ke SG. Shopping center 24jam di SG. Shopping-lah sampai muntah. Tapi Mustafa Center, takdalah jual barang barang branded macam dekat Orchard Road. Bagi aku ala –ala Giant, Mydin and Sunshine di Penang gituuu. Bagi pengumpul perfume tegar macam aku, boleh datang beli dekat sini pasal murah, seriously murah even dalam SGD! Ingat lagi, aku pernah kena sound dengan pekerja MC, pasal tanya tentang perfume fake ke ori *Hahaha..CariPasal dia siap cakap “Singapore semua barang ori, takda fake” – Okay Mak terdiam noks! *FlipHair.

Lepas ke Mustafa Center kami jalan-jalan sekitar Orchard Road dan Little India SG, suasana lebih kurang Malaysia Cuma yang mengagumkan aku, jadual bas atau train SG sangat-lah SUPERB. Maybe sebab SG ni country yang kecik, so senang govt. dowg manage.
Hari ke-4, hari pulang ke Malaysia dari liburan. Aku pulangkan balik Singapore Tourist Pass di station MRT or LRT berdekatan, kowg akan dapat refund baki dalam kad dan boleh balik Malaysia dengan hati gembira.

Till then, my trip to Singapore for 4D3N. 

InsyaAllah boleh pergi lagi by car maybe. *ngeee.



It's Been A While!

Assalamualaikum and hello fellas! It's been a while aku tak tulis BLOG! Dah 4 tahun since 2013 after aku graduate.

Rindunya lahaiii.Waktu study dulu rajin aku menulis tapi untuk mengarang macam buku tu, edokkk lerr.. heee..

Banyak story yang nak aku ceritakan.

Okaylah sampai ketemu lagi di next post!