#ThrowbackPost
19 February 2015
Hello SINGAPORE!
Masih aku ingat, trip backpack aku ke Singapore 2015 dulu dulu hehe..
SG sebuah negara yang majoriti penduduk berbangsa cina dan melayu dekat sana
mostly speaking. Environment SG bagi aku sangat best, udara pun nyaman tapi
suhu lebih kurang Malaysia je. First time pergi memanglah ajet tourist, lainlah
kowg yang duduk dekat sempadan JB dan Woodlands, memang every weekend gamaknya
masuk SG. Baru boleh gebang “Aku weekend selalu lepak Singapore” *RollEyes
| Take Off With Jetstar |
Waktu tu aku aku beli tiket Jetstar Airlines sebab dah muak
naik AirAsia, mainstream sangat haha POYO! Harga tiket Jetstar waktu tu, RM69
per trip KL- SG (kalau tak silap, waktu tu Jetstar Airlines baru masuk
Malaysia). Aku berangkat ke SG waktu Chinese New Year 2015. Orang cakap memang
cari penyakit pergi SG waktu Chinese New Year sebab kebanyakkan tempat akan
jadi tumpuan pelancong dalam mahupun luar negeri macam aku, ceh!
I don’t care. That’s what we called experience!
Touch down SG, first thing first dapatkan Singapore Tourist
Pass dekat Changi Aiport. It worth every penny guys! Untuk BUS, MRT & LRT
kowg boleh gunakan STP, cuma perlu topap kalau duit dalam kad kalau tak cukup
*PandaiPandaiLahKowgNakHidup .. Kad STP ni ala ala RapidKL or Touch N Go kalau
di Malaysia. Sorry aku lupa about the price.
| Singapore Tourist Pass |
Second thing, bila datang SG kenalah pandai baca map train,
contoh route keluar dari Changi Aiport untuk ke hotel/ hostel kowg. Bagi aku,
train di SG memang superb dan efisyen plus takde lah complicated sangat macam
di Korea atau Jepun *ngeee! Aku booked hostel berdekatan Lavender Road. Selesai
check-in, terus pergi berjalan sekitar Merlion Park. Wajib datang ke area Merlion
Park sebab ada tugu kepala singa *SelfieTime, hehehe.
| Should Try! Wafer Ice Cream at Merlion Park |
| Singapore - Merlion Park |
Untuk makan malam, kami ronda ronda sampai ke Golden Mile
Complex SG, area sinilah yang ada sup tulang merah yang famous dan viral, plus,
kowg kena rasa air tebu yang dijual di foodcourt tu, seriously bila balik
Malaysia pun still teringat-ingat akan kelazatan air tebu SG. *LempangLelaju.
Hari kedua, aku ke Universal Studio Singapore, ahhhhh.! That’s
my main target, USS!! Checklist tick. Oh ya! Tiket masuk ke USS aku beli di
Changi Airport, harganya lebih murah berbanding beli melalui ejen-ejen di
Malaysia. Harga kalau tak silap around 172SGD (current time rate). Kalau kowg
beli melalui ejen-ejen di Malaysia which aku pernah tanya, dowg akan cas a bit
expensive because included COD charges. It took around 192SGD.
| Sup Tulang Merah, Lazeeeez!! |
Seharian berjalan di USS, aku makan malam di Restoran Zam
Zam, yang terletak di Arab Street dan berdekatan dengan Masjid Sultan. Di SG,
chances untuk kowg sesat tu zero % lah, melaikan kowg tak reti baca route dari
mana dan kemana *hehehe.
| Universal Studio Singapore! WootWoot! |
| Fenfeeling Retis at New York Street |
Hari ketiga aku ke Mustafa Center! Seriously tempat wajib
pergi kalau ke SG. Shopping center 24jam di SG. Shopping-lah sampai muntah.
Tapi Mustafa Center, takdalah jual barang barang branded macam dekat Orchard
Road. Bagi aku ala –ala Giant, Mydin and Sunshine di Penang gituuu. Bagi
pengumpul perfume tegar macam aku, boleh datang beli dekat sini pasal murah,
seriously murah even dalam SGD! Ingat lagi, aku pernah kena sound dengan
pekerja MC, pasal tanya tentang perfume fake ke ori *Hahaha..CariPasal dia siap
cakap “Singapore semua barang ori, takda fake” – Okay Mak terdiam noks! *FlipHair.
Lepas ke Mustafa Center kami jalan-jalan sekitar Orchard
Road dan Little India SG, suasana lebih kurang Malaysia Cuma yang mengagumkan
aku, jadual bas atau train SG sangat-lah SUPERB. Maybe sebab SG ni country yang
kecik, so senang govt. dowg manage.
Hari ke-4, hari pulang ke Malaysia dari liburan. Aku pulangkan
balik Singapore Tourist Pass di station MRT or LRT berdekatan, kowg akan dapat
refund baki dalam kad dan boleh balik Malaysia dengan hati gembira.
Till then, my trip to Singapore for 4D3N.
