May 25, 2011

DARI . BLOG . AKU . UNTUK . KAU

      Kau, ye kau.. kadang aku buka folder picture lama aku tengok gambar-gambar kenangan kita dulu.. Aku pending.. Sayup je rasa hati nie bila ingat balik kenangan yang kita cipta hanya melihat sekeping gambar.. *OK, tetiba start nangis* Babe, aku tak kuat.. YES! aku tak kuat nak hadapi semua tanpa kawan macam kau.. Kawan susah senang sama-sama dulu..

      Babe, aku ingat lagi.. Saat kita jatuh, bangun, gelak, ketawa, kaya, miskin *ayat student xda duit* sama-sama.. Suma tu kenangan terindah bagi aku.. Ye, aku sedar..  Ada masa kita perlu bersendiri, itu LUMRAH.. Aku faham.. Tapi kalu nak fikirkan, memang banyak perkara baru aku harungi dengan kau.. *Bak kata orang lain* Mana ada aku, situ ada kau.. Ouh, AKU RINDU KAU! ;((

      Babe, aku selalu fikir ada hikmah disebalik semua nie.. Aku tahu DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita.. Kita kena belajar terima apa yang dah ditetapkan.. AKU KUAT! perkataan tu lah yang setiap hari aku tanamkan dalam kotak minda aku ni.. Semua dah sendiri tanpa kawan baik.. Babe, kau tahu.. Lepas kau pegi.. Aku dah susah nak percayakan orang erti kata lain, tak rapat sangat dengan sapa-sapa dah.. Siyes aku cakap AKU RASA SUNYI..

      Kadang kau datang, tapi aku tak dapat pegi jumpa kau.. Aku nak sangat, tapi busy.. Hmmm.. babe, kau nak tahu, kadang lepas kita jumpa aku macam tak nak bagi kau balik.. Kelopak mata aku macam bertakung air tunggu nak limpah ja, tapi tak terlimpah, sebab aku boleh tahan lagi.. Tapi kau tak tahu lepas ja kau hilang dari pemandangan aku, Suddenly air mata aku berlinang.. maybe dia request.. I NEED YOU.. Dan sekarang kita dah ada life masing-masing.. Aku paham! paham sepaham-pahamnya.. 

       Indeed kau selalu cakap, aku beruntung ada MR.TOKYO.. Dia selalu dekat dengan aku.. Jatuh bangun aku, Sedih Gembira aku dia selalu ada babe, tapi itu boyfriend tak sama macam friendship kita bina ;(( jauh beza SANGAT-SANGAT! kalu kau nak tahu, aku sedih semenjak kau pergi babe, sedih aku ni kekadang menyusahkan MR.TOKYO *sayang, i do apologies*.. Kau tahu tak rasa macam mana sedihnya kalu orang yang kita sayang itu hilang dari pandangan seharian?

      Aku balik umah kau tak da, Aku pegi dapur tak de periuk kuali dah, Aku masuk bilik ada tilam bantal aku ja, Masuk bilik air dah tak da bakul mandi kau.. Kau tahu, sampai sekarang aku guna bakul mandi kau bagi kat aku tu.. Bila aku malas wat keja dah tak da orang bebel kat telinga aku ni.. Haishh.. Kalulah alam nie boleh putar, benda first yang aku nak buat adalah PELUK KAU! *shit! aku nanges*

Untuk kau yang bernama Sahabat, aku dedicated ni untuk kau.. Ibarat luahan hati aku yang aku tak dapat nak gambarkan, semuanya terlalu indah dan sukar untuk ditelan.. Nite2!



p/s : PROMISE! our friendship last forever



May 21, 2011

MINGGU . TEKANAN . BERMULA

      Hmm minggu ni agak tough untuk aku tempuh.. Busy like a Bee la.. aishhh.. Semoga short sem ni cepat habis dan aku nak balik habiskan sisa cuti dengan FAMILY iyeaaa! sebab aku dah tersangat TERTEKAN = STRESS tahap dewa-dewi sekarang.. Macam pikul beban nak pecah kepala, fikirkan semua tu..


   Cuba imagine, aku kena wat itu ini dengan hanya seminggu ja? OMG! bak kata Nabil Raja Lawak, memang tak menyempatlah nak spend time ke hapa kan.. *emo jap* Tapi, dalam duk busy tu lah aku sempat tengok 'Pirates of Carribean' hahahaha.. Lepaskan tension jap, pastu, esoknya Mid-Term E-com *haa..amik kau!* nasiblah dengan adanya fahaman dari buku serta slide, aku fahamkan diri aku dengan pemahaman yang diberikan oleh Madam.. pheww! *selesai satu perkara*

      Satu dah settle, ada lagi 3 belum settle ni.. *waduhh waduhh.. antaranya :
  • 23 May 2011 - Hantar tutorial and Statistics Mid Test
  • 25 May 2011 - Hantar report E-comm
  • 27 May 2011 - E-comm presentation
      So, aku kena tekad , redha dan tekun untuk habiskan semua yang tertunggak, ingat, jangan berhutang ye! hahahaha.. So, kawan-kawan seperjuangan apa ditunggu lagi dengan kerja yang belum selesai? Jom kita kerjakan sekarang.. haiyakkk!!!


p/s : Sibuk-sibuk pun sempat update BLOG hehehee..


May 18, 2011

GEMUK . VS . KURUS

      Hmm.. rasanya tak ramai yang tahu aku nie dulu penah tersangatlah GEMUK! [bagi aku la] Actually, aku paham beno perasaan orang-orang yang gemuk neh, hmm.. maniskan ayat *Chubbie* .. Aku tahu rasa tu macam mana bila ada orang mengata, rasa tertekan macam mana bila ada orang pandang-pandang jeling-jeling *macam lagu S.M Salim & Siti la plak haha..* TEKANAN wa cakap lu oi!

      Ha, kisah aku bermula pada ujung tahun dekat-dekat aku nak abis tingkatan 3 and nak masuk tingkatan 4.. Time tu, 1 je GOAL, MISSION, VISION, TARGET, SCOPE dan segala macam mak nenek adik bradik untuk aku kurus.. *segala mcm mak nenek tersebut adalah* nak pakai baju kebaya raya tahu 2004 tu!

      Start dari hari tu, aku bersenam, joging, dance, pilates and so on.. I will do anything that related with healthy lifestyle erti kata lain OBSESS dengan peluh.. Aku sedar, dulu aku kuat makan and makan tak pernah tinggal MAGGI!.. Itulah musuh utama dan penyebab tunggal aku chubbie.. Ouh! sesungguhnya aku tak nak putar balik kezaman kegemukkan dulu.. Sekarang aku nak maintain ja..

      Berbalik pada crita tadi, finally.. ALL my EFFORT gettin the result.. Alhamdulillah tahun 2004 tu jugak aku dapat beraya pakai baju KEBAYA olls.. Even do, kebaya tu kena wat longgar-longgar coz mak aku takut anaknya besar balik hahaha.. Dun worry mak, i believe in myself *ngeee :D* Bila segala mak nenek dah tercapai, aku teruskan lagi usaha aku.. Kali nie bukan ja nak kurus, tapi nak ada tone muscle kat tubuh.. Aku wat senaman macam-macam sit-up, squad, crunch untuk dapatkan result yang MANTAP! hahahaha..

      BUT, uolls sekalian, jangan sesekali amalkan pil atau ubat-ubatan pelangsing ok.. Bagi aku suma tu tak sihat.. Memang uolls akan kurus tapi berat uolls akan bertambah berlori-lori once dah stop eating all that rubbish.. Dan segala usaha tu sia-sia ok.. Trust me, and believe in yourself yang uolls can do better than me..

      10 rules of mystyle yang uolls boleh follow untuk kurus :

1. Makan nasi sesenduk ataupun separuh tapak tangan sahaja *Nasi musuh kita untuk kurus even do nasi beriani gam ke, nasi tomato ke, nasi ayam ke.. katakan SIKIT je utk tenaga!
2. Buang suma junk food yang ada dalam almari atau peti ais, ganti dengan biskut oat, oat bar and etc. *Healthy food
3. Makan lebih sayur and buah
4. Nie yang wajib amik tiap-tiap hari AIR PUTIH!
5. Fakta salah tentang makan malam! *Makan malam penting, tapi jangan makan yang berat-berat   ok, makan ala kadar untuk alas perut sebelum tido
6. Kalu yang duk DIET sgt, *my suggestion* minum air soya.. Kaya dengan protein & mengenyangkan
7. Bersenam main point untuk kurus *kalu malas, buat jog setempat sambil mengadap cermin besar mcm aku buat
8. Avoid makan berminyak & berlemak
9. Kalu mulut terasa nak makan atau mengunyah, jadikan kacang badam atau gajus sebagai snack.. Mana yang tak makan kacang, gantikan dengan granola bar *aku bedal je dua-dua hehehe..*
10. Sentiasa bagi ruang untuk perut berehat and jangan sentiasa fikirkan makanan *kunci nafsu makan*


 sebelum
[actually ada lagi pic b4-b4 punya yg aku besar dari nie, tapi tak jumpa kalu ada nanti Insya Allah aku upload yahh!!! ]


HASILNYA, TADAAAAA!!!!

sekarang 


p/s : kena start rutin balik sebab dah Chubbie :P