July 30, 2011

F E N O M E N A

      HERMES, birkin! ouh, sesungguhnya aku suka sangat-sangat dengan jenama dan bentuk handbag ni. Aku ni memang gila handbag. Kalau lah dapat sebiji kan best! Collection aku akan bertambah hehehe..  Actually ada bermacam-macam jenis Hermes handbag, yang menjadi trend sekarang BIRKIN!. Yang best pasal birkin ni, aku suka sebab style bag tu simple tapi elegan. Faham kan maksud aku. Kalau uolls yang memang jenis tak gemarkan handbag, uolls tak kan faham apa yang aku maksudkan. Tengok je petak kosong then ada buckle kecik kat depan bag, price sampai ber-K! hahaha..

      It's all about style babe, STYLE. Kalau ada dapat sebiji wat collection, aku nak kaler MERAH! red is hot. aummm.. Another color, black and orange birkin, perghhh!!!

I WANT THIS!!!

ORANGE!

THE BUCKLE!




p/s : dapat yang non-original pun tak pelah..  :))

S O L A T . T E R A W I H

Kelebihan Solat Terawih di Bulan Ramadhan al-Mubarak

 

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan
.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali

p/s : Yang baik dikongsi bersama :))


R A M A D H A N

      "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" 

      Semua greeting ni, akan ada kat status update di-FB, macam biasa, termasuklah diri aku sendiri hehehe.. Hari ni, dah 30 Julai 2011. Ramadhan tahun 2011, jatuh pada 1 Ogos 2011. Bayangkanlah nanti Merdeka dengan Raya pada waktu yang sama. So mana uolls pilih dulu? Merdeka? Raya? tepuk dada, tanya hati..

Banyak juga wish list untuk Ramadhan nanti antaranya :
- Nak pergi terakwih (insya allah)
- Nak memohon pengampunan dan doa sebanyak mungkin (Itulah masanya semua pintu-pintu syurga dibuka)
- Nak buka puasa dengan family, lover and friends
- Nak buat kuih raya lagi tahun ni hehe..
- Nak pergi bazaar ramadhan
- Nak buka puasa ramai-ramai

      Arghhh.. macam-macam NAK! buat, Insya Allah kalu diizinkan. Semoga Ramadhan kali ni, terbaik buat kita semua.



p/s : Hopefully not Red flag for the 1st day of Ramadhan :((


July 29, 2011

MALAYSIA . VS . SINGAPURA

      28 Julai 2011, Buat pertama kali aku pergi tengok bola dengan Mr.Tokyo and geng. Pada mulanya tiket habis. Aku dah cuak. Risau tak dapat pergi sokong team Malaysia hahaha poyo je bunyi. Bila dapat tahu ada tiket lebih, aku ON je pergi tengok bola kat Stadium Bukit Jalil. Harga tiket asal RM30 tapi disebabkan dapat last minit, harga tu RM50. Tak pa, tak kisah. Janji aku dapat laungkan sokongan aku kat sana nanti dan yang sangat istimewa, aku pergi dengan Mr.Tokyo :D

Otw ke Bkt. Jalil

Mr.Tokyo and Me

Sokongan untuk mu, MALAYSIA!


 


p/s : Even do MALAYSIA kalah aggregate, KAMI TETAP MENYOKONG MALAYSIA!

July 21, 2011

LIKE. EMPTY . BOX

      Salam Readers! :)) Dah lama tak update blog.. Sowie.. Been busy this lately.. *Tarik nafas dalam-dalam, hembus.. Penah tak uolls rasa kekosongan atau kebosanan yang amat? Haa, itulah yang aku rasa sekarang ni, tepat pukul 1.43 pagi dan bersendirian, aku rasa kekosongan jiwa.. Kadang nak aku luahkan aku tak tahu pada siapa and siapa yang boleh aku percaya untuk dengar luahan aku ni.. Kadang aku rasa nak nangis.. Aku kuatkan semangat.. Aku pujuk hati aku *Katakan tidak pada air mata haha.. Tapi AKU TEWAS! Dia mengalir jugak.. Kita semua manusia, so, MENANGIS satu-satunya cara untuk kita luahkan ketidakpuasan hidup atau apa saja yang berkaitan dengan kehidupan.. AGREE? hehehe..

       Ok, new Semester 1/2011/2012 dah bermula.. Aku pun dah register.. TAPI, semester nie sangat-sangat dilema bagi aku.. Barangkali aku boleh jadi student last sem, barangkali TIDAK! Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh setiap liku hidup didunia fana Mu ini.. Itu yang aku pohon dalam doa harian aku setiap hari.. Aku harapan Mak dgn Abah.. Terlalu banyak aku hutang budi dengan dorang.. IMPIAN aku, nak make dorang PROUD dengan aku.. Insya Allah, kalu umur aku panjang dan segala apa hajati tercapai.. Amin Rabba'alamin!

      Balik pada cerita sem tadi.. Aku dah memohon untuk amik 7 subjek bagi semester ni.. Aku tahu 7 subjek tu amat berat.. TAPI, aku yakin aku boleh bawak semua 7 subjek tu.. Insya Allah kalu aku dah betul-betul tekad.. Tapi halangan besar aku, keputusan Senate Meeting nanti.. Aku takut aku tak lepas untuk habiskan semester aku.. Aku dah malas duduk dekat Universiti nie! Aku benci dengan environment kat sini.. Aku nak cepat-cepat pergi dari sini.. Bukan sebab apa, aku rasa kosong sangat bila balik situ.. Aku dah tak da sapa-sapa nak bagi aku kata-kata semangat.. Kadang sebab hal remeh temeh tu, AKU HILANG SEMANGAT! aku buntu nak jawap setiap soalan, sebab aku tak tahu kemungkinan yang berlaku.. Aku pasrah dan redha je dengan apa-apa keputusan Senate Meeting nanti.. *Mengeluh!

      Satu lagi perkara yang menjadi isu dalam hidup aku, tempat tinggal aku.. Bukan aku tak mahu duduk luar kampus.. Aku dah malas dengan situasi aku kena 'tinggal'.. Balik-balik aku sorang-sorang.. Haihhh.. Kalau aku masuk hostel, ada jugak teman berbual.. Kawan-kawan aku pun ramai kat sana.. So aku decide nak masuk hostel.. Harap-harap masih ada kekosongan.. Hmm.. Aku TAK NAK menyusahkan orang sekeliling aku dah.. Korang suma sangat berjasa pada aku.. Aku tak kan lupa semua jasa korang tu.. Especially Mr.Tokyo :))

      Satu-satunya harapan aku, aku diterima untuk jadi LAST SEMESTER STUDENT 1/2011/2012.. Senate Meeting, please be good to me ;(( I really hope, that i can make it through.. Amin!



p/s : Will be updated for the next blog