November 24, 2011

Digital Single Lens Reflex

      Hello uolls, post kali nie aku nak cerita tentang Nikon D7000 yang aku baru dapat pegang secara RASMINYA pada 17 November 2011 hahahaha.. *Saja buat gempaq sket.. U guys know what??? D7000 adalah diantara Nikon TERBAIK! tak pecaya Google yah ^_^ For u guys information, Nikon D7000 ni upgraded from Nikon D90 *kesahihan banyak mana aku pun tak pasti lagi.. Tapi D90 tiada dalam list kategori terbaik Nikon, overall full satisfied juga kalau pakai D90 sebabnya, kezen aku guna dan AF dia quite oke iaitu 11. Tak boleh beat dengan D7000 iaitu AF 39 fuh!.. Image SUPERB! Lagi satu, aspek atau ciri-ciri penting penggunaan DSLR adalah ISO, Aperture and Speed plus WB pun kena amik kisah haaa most important AF ataupun Focus..

JANGAN sekadar snap picture guna AUTO! *Itulah yang Abah selalu pesan kat aku -_-  Aku bukanlah nak riak ke hapa.. Aku cukup bersyukur dapat ber MENTOR kan abah aku sendiri.. Abah la yang ajar cara-cara manual dalam menghasilkan sesebuah gambar.. Macam mana nak control itu, ini.. Nak buka batery pack, guide using tripod, cuci lens EVERYTHING Semua tu penting.. Kadang sampai tengah malam kami duk photoshoot hahahaha.. Cuti semester yang menyeronokkan bagi aku.. Mak? Mak ikut je mana kami pergi.. Sedia menanti dan menunggu hehehe *TQ mak <3 YOU!

      Oke, Gambar-gambar dibawah ni adalah hasil kerja aku sendiri.. 2,3 je aku upload.. Nak kata cantik sangat tu, tidak lah juga hehehe.. Tapi oke la daripada K.O hehehehe..

by Nikon D7000

Penang Court

Padang Kota Lama
Penang Court





p/s : Next destination..


November 23, 2011

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

      
Disini aku nak ucapkan sekalung TAHNIAH! pada skuad Harimau Muda Malaya kita dalam perlawanan akhir bola sepak bertemu Indonesia pada 21 Nov 2011.. Harimau Muda sekali lagi dah patahkan sayap Garuda nampaknya hehehe.. Biarpun menang penalti, MENANG TETAP MENANG.. Proud of you Malaysia!!! and Proud to be Malaysian!!! 

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU


NAK ADOPT! : baby tiger HEHEHEHE

p/s : KFCM and BB the best malam tu..



August 22, 2011

U N H A P P Y . M O N D A Y

      Salam readers! haa.. baca je title post aku mesti kowg nak tahu kenapa aku unhappy kan.. hmm.. Aku ingat pagi isnin aku boleh settlekan semua kerja aku.. Antaranya :

1. Pegi Dewan Biru, amik tag moto  DONE
2. Pegi Canselori tanya pasal PTPTN  -
3. Pegi FITM tanya tentang pencil case yang misplace  -
4. Pegi fotostat assignment Expert System & Knowledge Engineering  DONE 
5. Packing baju and anything yang berkaitan cuti yehuuu..  DONE


      Yang mana berkaitan dengan DONE tu, maksudnya kerja aku dah settle.. Yang Hang Down tu yang meng-geramkan aku! haishhh.. Aku ingat hari ni bole la settle semua sebelum aku balik hometown aku esok, tapi kita merancang Tuhan yang tentukan kan..
   
      Aku awal-awal pagi lagi dah excited bangun untuk siapkan semua yang Hang Down tu, bila pegi je canselori, orang Hep bahagian PTPTN tu cuti.. Lorhhh.. Bole pulak kau cuti isnin, dah tu dekat nak raya pulak.. Hmm saba je aku.. Aku memecut ke FITM, fakulti aku.. Nasib tak jauh *huhuhu.. Sampai je FITM aku terus meluru ke LT [ Lecturer Theater ] niat nak amik balik pencil case aku yang aku tertinggal pas buat mid-term sabtu hari tu.. Malangnya Mak cik cleaner kat sana bagitahu pencil case tu tak de dah.. Aduhhh! hampa aku rasa.. Aku sayang pencil case tu, macam-macam barang ada dalam tu.. Ya Allah! dugaan-dugaan.. Tapi tu memang salah aku pun.. hmmm k la kowg.. Mood aku dah hilang.. Rasa unhappy! Jumpa di next post...


p/s : nak tido, dari semalam tak dapat tido..



D E N D A N G . P E R A N T A U

Salam readers! Harini dah masuk tarikh 22 Ogos 2011 tepat pukul 3.30 pagi.. Aku macam biasa, tak bole tidur lagi.. Hmm.. Aku dah rasa tak sabar nak balik esok, 23 Ogos 2011.. Balik mana? Balik hometown aku la, Penang *hehehe..

Kelmarin aku berbuka puasa dengan housemate aku dan juga family aku.. Wah! Tapi family dalam SKYPE jela *ngeee.. Seronok juga eh, bebuka cam gitu.. Even dowg jauh, dengan internet kemudahan dihujung jari saja, macam aku tengah buat neh.. *update using BB hehe..

Oke la suma, need to sleep.. Dan aku tak bangon saho agaknya sebab dah saho kul 2 tadi hehehe.. Pada yg bangon saho, selamat bersahur.. :))

p/s : kadang bangun minum ja

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 16, 2011

V A R I E T Y . S T O R Y

      Salam Ramadhan ke-16 to all my Readers, woahhh.. tinggal 2 minggu lagi untuk kita sama-sama beribadat serta memohon doa kepada Allah dan menyambut Aidilfitri. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan kali ni..

     First of all aku minta maaf sangat-sangat kalu dah lama tak update post, yela.. Keje main POLYVORE je hehehe.. Yang terkini aku gila main ANGRY BIRD plak.. At first aku tak suka, bagi aku itu game yang karut.. Maw tak nya, kita kena lastik babi *ehem.. ayat sopan.. khinzir hahaha.. Lama-lama aku dah suka main game tu hahaha.. Once kowg dah dapat score, *perghhh!!! time tu memang sangat seronok.. kredit kepada Diha untuk game ANGRY BIRD  *ngeeee.. :))

      Bercakap pasal ANGRY, tetiba aku rasa angin dengan budak sekor neh.. Aku dapat cerita dari si polan budak rumah lama aku time kat Hostel waktu aku last diploma dulu.. Mengatakan, si BELLE ada masuk bilik aku senyap-senyap waktu aku mandi and copy file picture aku.. Sebab tu aku sangat tak suka orang ganggu PRIVASI aku.. Aku ingat kisah dia curi picture kat pendrive aku dah TAMAT! rupanya dot dot dot..

Sesi soal jawab, Apa kowg yang fikir tentang pompuan ni???
A) Gilaagaknya
B) Stalker kuat
C) Penyakit Hasad Dengki la tu

      Bagi aku, semua jawapan diatas adalah jawapan aku! pompuan ni sangat gila agaknya.. Apa motif dia pun tah la.. Kenapalah orang selalu buat perangai macam tu kat aku? masuk dia, dah 3 orang perangai lahanat macam dia.. Haihhh.. Disebabkan pompuan-pompuan perangai macam neh, hidup aku still oke malah bertambah oke, tapi dowg? tah kemana-mana pastu semua orang tak suka dengan perangai dowg, bahagia ke weh..*Manusia Bodo adalah huhuhu..

Nak kata aku lawa? 
semua yang dengki kat aku suma lawa except BELLE haha..
Nak kata aku ada kereta? 
aku naik moto je pon, berpanas berhujan.. kowg relax bawak kereta..
Nak kata aku kaya? 
Halu-halu, kowg tu canang kowg 'anak dato, tan sri suma bagai' shopping sana sini hahaha lastly beg, baju aku juga kowg nak pinjam..
Nak kata BF aku kaya? 
Hahaha.. BF aku biasa ja! BF kowg kaya meletop pomm pomm macam bunyi mercun..
Nak kata aku ramai kawan? 
Tapi sapa yang lalu atau tersempak depan aku adalah 'kawan' dowg padahal aku kenal orang tu, bila aku tanya, orang tu xkenal kowg pun..
Nak kata parent aku kaya?
Kowg cakap parent kowg kerja SUPERB, hebat, bagus.. Ayah mejar general la.. Lecturer la.. Businessman la.. padahal, cakap cam keling!

      So, kenapa perlu dengki kat aku dan perlu ke stalk hidup aku.. hey, AKU BIASA JA, sapa yang kenal dan dah lama kawan dengan aku TAK DE masalah pun, kowg yang aku baru kenal 1, 2 sem perangai dah macam sundal kenapa? suka eh masuk BLOG aku? hahaha.. Mekaseh la :))

So apa kata kowg fikir sendiri kenapa dowg berperangai dengki dan suka stalk aku.. SEBAB, aku dah buntu nak cari apa jawapannya..

Oke, sebelum aku merepek lagi, aku benti kat sini. :))




p/s : selesa bersendirian dan buat hal sendiri


August 8, 2011

T A T A U . K E N A P A

    
    
      Salam Readers! Harini dah genap Ramadhan ke-8. Haaa, cepatkan masa berlalu. Tapi bukan kisah Ramadhan nak aku ceritakan kat blog, ini pasal masalah widget, gadget dan yang berkaitan dengan BLOG!

      Bukan aku tak mahu masukkan widget 'LinkWithin' untuk memudahkan korang baca pass entry. Actually dah banyak kali aku try buat even dah Google masalah yang berkaitan. Result sama yang aku akan dapat, widget tu akan link kan page aku ke URL lama -> awworth. SO, dah faham maksud aku? Bukan tak mahu, TAPI
t a t a u . k e n a p a!

      Comment box pun satu hal juga, dah berkali-kali aku try masukkan widget tu dan berkali-kali jugalah aku gagal. Google problem pun sudah, finally hasil menghampakan. Bukan aku sengaja tak bagi korang komen oke. Disebabkan ada kesilapan teknikal dekat page aku, aku tak boleh masukkan widget tu,
t a t a u . k e n a p a!

      Google follower widget pun buat aku menyirap dan rasa nak minum sirap!!! *ngerrrr.. Widget tu dah berkali aku masukkan sampai aku buat 'coding' aku sendiri, still TAK BOLE2, end up aku give up dah.. Start dari 1st Blog aku lagi dah tak bole masukkan. Nak tukar template aku create ni sangat UNLIKE! jadi, aku biakan je Networked Blog follower change place.
t a t a u . k e n a p a! *hahahaha..

      Sapa-sapa nak jadi follower aku, may follow me on NETWORKED BLOG :)) million thanx to you guys and girls x.O.x.O Mwahhh!

   
p/s : poyo bajet public figure jap hahahaha.. kan kan kan


August 5, 2011

S P O I L . B E T U L

Hello Readers, as u may know.. Aku ada low blood pressure..

Waktu masak nasi briyani tadi tiba-tiba aku rasa nak pitam dan pening-pening..

Terus aku masuk bilik dan baring memandangkan tak boleh minum dibulan Ramadhan..

Maybe sebab aku tak sempat bangun saho pagi tadi agaknya dan maybe sebab berjemur panas juga rasanya..

Aku suka makan kerang bakar, dan orang cakap kerang bagus untuk tambah darah..

Masalahnya, bila aku makan kerang, mula la alergic nak menyerang, haa.. Macam mana tu?

Ce cita, ce cita.. Mati kutu dah ni.. Gluppp :x


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 4, 2011

E K S P L O I T A S I

       Salam Readers, post ni sambungan post SABAR. Aku harap korang semua tak de perangai macam ni ye. Sejak akhir-akhir nie, aku tak suka dengan one of my member. Dia annoying sangat-sangat. AKU RIMAS! *Oke, oke, oke.. Dipendekkan cerita, aku dengan member aku tu pergi pejabat admin. Untuk ambil borang add/drop. Lepas tu, kami pergi jumpa HOP untuk dapatkan cop pengesahan. Dah penat kehulu hilir, tetiba aku rasa nak terkencing, kami pun stay kat kelas area bawah dekat Fakulti aku. Aku suruh dia jaga brang jap, while BB aku letak atas meja *Oke, salah aku waktu tu letak atas meja, BUT baca dulu..


      Balik je aku dari tandas, aku nampak dia on9 pakai BB aku. WTF! dah banyak kali kau buat macam tu. Ewah2.. Suka hati kau je eh! Tak mintak izin ke hapa. Aku actually dah perasan benda ni lama. Aku malas nak bersuara. Once aku dah bersuara, mula la orang cakap kita kedekut la, mentang-mentang pakai BB la.. *Hey! aku tak kacau duit mak ayah ko oke untuk beli BB nie.. Aku rasa hak aku dah di-EKSPLOITASI oke. Langsung tak privacy. Serupa aku beli semua barang aku untuk dikongsi bersama masyarakat. Aku tak kisah orang nak on9 pakai handphone aku, tapi AT LEAST.. Bagitahu la nak on9, jangan buat macam serupa lu punya barang. *Aku dah hanginnn nie. Before aku marah, aku habiskan BLOG disini. Terus terang aku bgtaw kau, aku TAK SUKA orang sentuh apa-apa barang peribadi aku, sebab itu HAK PERIBADI aku. Dan kau pun tak kan rasa selesa kalau aku buat denda yang sama kan??? So, renung-renungkan kawan. Titik

Mana yang TAK TAHU apa itu hak peribadi.

Mari aku kategorikan apa itu hak PERIBADI :
1.   Handphone
2.   Laptop
3.   Any Gadget yang berkaitan
4.   Personal matter



p/s : terfikir nak buat password macam dulu.. Hmmm

re: H E L L O . B L O G

Hey Readers! semalam aku terfikir nak tukar nama BLOG aku dari A WOMAN WORTH kepada CheritaMata | BLOG.

Antara sebab-sebabnya, blog aku BOLEH dikatakan 80% bahasa melayu berbanding bahasa inggeris. Jadi, dari situ aku dapat idealogi gabungan bahasa baku melayu lama iaitu Cherita ataupun sekarang ditulis sebagai Cerita dengan maksud yang sama.

Kalau korang ada tengok cerita Seniman Agung kita Tan Sri P. Ramlee ada tertulis perkataan Cherita. Dari situ aku dapat satu lagi idealogi untuk gabungkan dengan Mata.

Kehidupan seharian kita memerlukan mata untuk Capture knowledge dan juga Predict tentang sesuatu, bila aku gabungkan kedua ayat tadi, jadilah : CheritaMata yang memperlihatkan kehidupan seharian aku didalam sebuah BLOG a.k.a Belog dalam bahasa melayu + rojak :))


p/s : mata kat HEADER tu, mata aku. TRIMA KASEH :))

August 2, 2011

M O O D Y . P A R T . 2

Bila aku moody, JANGAN :
  1. Tegur aku atau teguran tu aku tak kan endahkan
  2. Buat lawak bodo
  3. Nak sembang gan aku, aku MALAS nak dengar time ni
  4. Pelawa aku itu dan ini
  5. Buat itu dan ini 

Ini TABIAT aku bila moody :
  1. Terperap dalam bilik
  2. 24/7 mengadap baby lappy aku
  3. Dengar lagu sambil nyanyi
  4. Malas layan phone
  5. Web 2.0 je aku facing diz time even esok kuiz, haihhh..

p/s : so far aku tak penah MOODY begitu teruk lagi :))


M O O D Y

Rihanna -  Cry lyrics

I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'Cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye

Relationships don't get deep to me
Never got the whole 'in love' thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing

My mind is gone, I'm spinnin' 'round
And deep inside my tears I'll drown
I'm losin' grip, what's happenin'?
I strayed from love, this is how I feel

This time was different
Felt like I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life



Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'Cause it's hurtin' me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more

I shoulda never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Gotta figure out how you stole my heart

My mind is gone, I'm spinnin' 'round
And deep inside my tears I'll drown
I'm losin' grip, what's happenin'?
I strayed from love, this is how I feel

This time was different
Felt like I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life

Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

How did I get here with you? I'll never know
I never meant to let it get so personal
And after all I tried to do, stay away from lovin' you
I'm broken hearted, I can't let you know
And I won't let it show, you won't see me cry

This time was different
Felt like I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life

Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry


This time was different
Felt like I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
(You?ll never see me cry)

Now I'm in this condition
And I've got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry
On my life


p/s : cry no more!

P E N U H . M A K N A


Waktu berbuka puasa bagi daerah Kuala Selangor harini adalah 7.28 malam. Setelah sekian lama aku tak merasai suasana berbuka puasa dengan housemate aku. Since tak duduk Hostel dah.

Ouh! Meriahnya aku rasa kami pakat-pakat kongsi juadah berbuka. Aku makan nasi tomato, beli kat Bazar Ramadhan dengan kuih++ Macam-macam cerita klaka timbul waktu tu *hahaha.. Oke nanti aku sambung Ramadhan hari kedua :))


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 1, 2011

A W E S O M E . A I D I L F I T R I

Nak jadikan Hari Raya lagi best! dan menangi lebih dengan Perodua contest! #LebihIkhlas

H Y P E R A C T I V E . H I P E R A K T I F

Hello readers! Hari ni, 1 ogos dan masih lagi hari pertama Ramadhan. Kejap lagi, jam 4 petang aku ada presentation about tajuk diatas, Hyperactive.

Uolls tahu apa itu Hyperactive a.k.a Hiperaktif dalam bahasa melayu? Hyperactive is a diease that attack children from age 3 to 11. Pesakit hiperaktif ni tak bole duduk diam, sentiasa bercakap dan juga tenaga mereka berbeza dari kanak-kanak biasa.


Jadi, aku dapat tajuk cara-cara rawatan untuk kanak-kanak hiperaktif. Kesian juga kalau fikirkan balik. Dorang tak bole nak hidup normal macam kanak-kanak lain. Hopefully ada rawatan alternatif lain yang dapat mengubati penyakit ni nanti, Insya Allah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I N S O M N I A

      Today 1st Ramadhan, uolls pun tahu kan. Entah kenapa aku tak boleh tidur lagi. Hari-hari macam ni. Berbelas-belas blog, jurnal aku baca. Kadang, sampai juling mata aku ni haa. *hahaha.. Disuruh baca jurnal pasal assignment memang liat sungguh, kalau bab-bab web2.0 aku laju..

      Sekarang dah pukul 4.13 pagi, kejap lagi dah waktu saho. Aku tumpang saho je sebab tak bole puasa *sedih.. Tapi tak pa, semangat puasa tetap ada. Balik cerita saho, aku masakkan housemate aku sambil tumis ikan bilis. Sampai si Diha terbersin-bersin *hehe.. Harap-harap aku tolong saho la jap lagi, tah-tah tinggal HARAPAN! Haha..

p/s : web 2.0 tu Social Networking terms for IT student :))


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

B l A C K B E R R Y . R E A L L Y . S M A R T P H ON E


Test, test, percubaan ehem ehem hehehe..

Helo readers! Aku saja try application untuk Blackberry aku..

Cool arrr hehe..

Updating my blog using Blackberry Email..

Nanti kalu aku update my post using BB, post aku akan jadi lain sikit la eh..

Tapi itu tetap aku. Uolls don't worry hehe..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

July 30, 2011

F E N O M E N A

      HERMES, birkin! ouh, sesungguhnya aku suka sangat-sangat dengan jenama dan bentuk handbag ni. Aku ni memang gila handbag. Kalau lah dapat sebiji kan best! Collection aku akan bertambah hehehe..  Actually ada bermacam-macam jenis Hermes handbag, yang menjadi trend sekarang BIRKIN!. Yang best pasal birkin ni, aku suka sebab style bag tu simple tapi elegan. Faham kan maksud aku. Kalau uolls yang memang jenis tak gemarkan handbag, uolls tak kan faham apa yang aku maksudkan. Tengok je petak kosong then ada buckle kecik kat depan bag, price sampai ber-K! hahaha..

      It's all about style babe, STYLE. Kalau ada dapat sebiji wat collection, aku nak kaler MERAH! red is hot. aummm.. Another color, black and orange birkin, perghhh!!!

I WANT THIS!!!

ORANGE!

THE BUCKLE!




p/s : dapat yang non-original pun tak pelah..  :))

S O L A T . T E R A W I H

Kelebihan Solat Terawih di Bulan Ramadhan al-Mubarak

 

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan
.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali

p/s : Yang baik dikongsi bersama :))


R A M A D H A N

      "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" 

      Semua greeting ni, akan ada kat status update di-FB, macam biasa, termasuklah diri aku sendiri hehehe.. Hari ni, dah 30 Julai 2011. Ramadhan tahun 2011, jatuh pada 1 Ogos 2011. Bayangkanlah nanti Merdeka dengan Raya pada waktu yang sama. So mana uolls pilih dulu? Merdeka? Raya? tepuk dada, tanya hati..

Banyak juga wish list untuk Ramadhan nanti antaranya :
- Nak pergi terakwih (insya allah)
- Nak memohon pengampunan dan doa sebanyak mungkin (Itulah masanya semua pintu-pintu syurga dibuka)
- Nak buka puasa dengan family, lover and friends
- Nak buat kuih raya lagi tahun ni hehe..
- Nak pergi bazaar ramadhan
- Nak buka puasa ramai-ramai

      Arghhh.. macam-macam NAK! buat, Insya Allah kalu diizinkan. Semoga Ramadhan kali ni, terbaik buat kita semua.



p/s : Hopefully not Red flag for the 1st day of Ramadhan :((


July 29, 2011

MALAYSIA . VS . SINGAPURA

      28 Julai 2011, Buat pertama kali aku pergi tengok bola dengan Mr.Tokyo and geng. Pada mulanya tiket habis. Aku dah cuak. Risau tak dapat pergi sokong team Malaysia hahaha poyo je bunyi. Bila dapat tahu ada tiket lebih, aku ON je pergi tengok bola kat Stadium Bukit Jalil. Harga tiket asal RM30 tapi disebabkan dapat last minit, harga tu RM50. Tak pa, tak kisah. Janji aku dapat laungkan sokongan aku kat sana nanti dan yang sangat istimewa, aku pergi dengan Mr.Tokyo :D

Otw ke Bkt. Jalil

Mr.Tokyo and Me

Sokongan untuk mu, MALAYSIA!


 


p/s : Even do MALAYSIA kalah aggregate, KAMI TETAP MENYOKONG MALAYSIA!

July 21, 2011

LIKE. EMPTY . BOX

      Salam Readers! :)) Dah lama tak update blog.. Sowie.. Been busy this lately.. *Tarik nafas dalam-dalam, hembus.. Penah tak uolls rasa kekosongan atau kebosanan yang amat? Haa, itulah yang aku rasa sekarang ni, tepat pukul 1.43 pagi dan bersendirian, aku rasa kekosongan jiwa.. Kadang nak aku luahkan aku tak tahu pada siapa and siapa yang boleh aku percaya untuk dengar luahan aku ni.. Kadang aku rasa nak nangis.. Aku kuatkan semangat.. Aku pujuk hati aku *Katakan tidak pada air mata haha.. Tapi AKU TEWAS! Dia mengalir jugak.. Kita semua manusia, so, MENANGIS satu-satunya cara untuk kita luahkan ketidakpuasan hidup atau apa saja yang berkaitan dengan kehidupan.. AGREE? hehehe..

       Ok, new Semester 1/2011/2012 dah bermula.. Aku pun dah register.. TAPI, semester nie sangat-sangat dilema bagi aku.. Barangkali aku boleh jadi student last sem, barangkali TIDAK! Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh setiap liku hidup didunia fana Mu ini.. Itu yang aku pohon dalam doa harian aku setiap hari.. Aku harapan Mak dgn Abah.. Terlalu banyak aku hutang budi dengan dorang.. IMPIAN aku, nak make dorang PROUD dengan aku.. Insya Allah, kalu umur aku panjang dan segala apa hajati tercapai.. Amin Rabba'alamin!

      Balik pada cerita sem tadi.. Aku dah memohon untuk amik 7 subjek bagi semester ni.. Aku tahu 7 subjek tu amat berat.. TAPI, aku yakin aku boleh bawak semua 7 subjek tu.. Insya Allah kalu aku dah betul-betul tekad.. Tapi halangan besar aku, keputusan Senate Meeting nanti.. Aku takut aku tak lepas untuk habiskan semester aku.. Aku dah malas duduk dekat Universiti nie! Aku benci dengan environment kat sini.. Aku nak cepat-cepat pergi dari sini.. Bukan sebab apa, aku rasa kosong sangat bila balik situ.. Aku dah tak da sapa-sapa nak bagi aku kata-kata semangat.. Kadang sebab hal remeh temeh tu, AKU HILANG SEMANGAT! aku buntu nak jawap setiap soalan, sebab aku tak tahu kemungkinan yang berlaku.. Aku pasrah dan redha je dengan apa-apa keputusan Senate Meeting nanti.. *Mengeluh!

      Satu lagi perkara yang menjadi isu dalam hidup aku, tempat tinggal aku.. Bukan aku tak mahu duduk luar kampus.. Aku dah malas dengan situasi aku kena 'tinggal'.. Balik-balik aku sorang-sorang.. Haihhh.. Kalau aku masuk hostel, ada jugak teman berbual.. Kawan-kawan aku pun ramai kat sana.. So aku decide nak masuk hostel.. Harap-harap masih ada kekosongan.. Hmm.. Aku TAK NAK menyusahkan orang sekeliling aku dah.. Korang suma sangat berjasa pada aku.. Aku tak kan lupa semua jasa korang tu.. Especially Mr.Tokyo :))

      Satu-satunya harapan aku, aku diterima untuk jadi LAST SEMESTER STUDENT 1/2011/2012.. Senate Meeting, please be good to me ;(( I really hope, that i can make it through.. Amin!



p/s : Will be updated for the next blog

June 15, 2011

IM'MA . CAKE . MAKER . 3

      Yuhoo READERS! sejak dua menjak nie, aku dah semangat nak post resepi-resepi kek yang aku copy and praktikkan.. Kali nie, aku nak share dengan uolls yang gemar memasak *Like me! hehehe.. Cake Chocolate Moist anyone? hehehe.. Baca title tu pun dah terliur kan kan kan.. Actually untuk pengetahuan uolls, kek ni aku dah penah posting on Post : Hangatnya Raya.. Cuma tak bagitahu resepi kek tu ja.. Haa! yang mana minta resepi kek tu haritu, ini untuk uolls : *Copy jangan tak copy!

Bahan-bahan :

Bahan A
  • Tepung 3 cwn
  • Serbuk koko 2 cwn
  • Soda bika bonat 1 1/2 cmca kcil
  • Baking powder 1 1/2 cmca kecil
  • Garam 1 cmca kecil
  • Cake Chocolate Moist - Cik Zura Bufday!
  • Gula 2 1/2 cwn
Gaul asingkan.
Bahan B 
  • Susu coklat 2 cwn
  • Telur 2 biji
  • Esen vanila 1 cmca kecil
  • Minyak masak 1/2 cwn
Jangan digaul.

Bahan C [sos coklat]
  • Coklat masakn 1 bar
  • Susu pekat manis 1/2 tin
  • Susu coklat 1 cwn
Masak & asingkan.


Cara membuat :

Gaul Bahan A. Then masukkan Bahan B perlahan-lahan. Kacau sehingga menjadi adunan.
Then masuk air panas 1 cwn. Kacau sehingga sebati.
Then kukus kek sehingga masak dan sejukkan sehingga betul2 sejuk.
Jika kek tidak rata, rata kan dengan pisau pemotong. Kemudian, tuang Bahan C keatas kek dan hiaskan dengan coklat chips.
Seboleh-bolehnya, simpan kek dalam peti sejuk semalaman, sebelum dipotong  :))
 *SELAMAT MENCUBA*




Cake Chocolate Moist for Hari Raya!

      
p/s : Believe It Yourself :))

IM'MA . CAKE . MAKER . 2

      Hmmm.. sepanjang cuti semester lepas.. *Sowie tak posting.. Banyak yang aku masak and wat experiment berkaitan bakery nie.. *Poyo kan.. hahaha.. Hari tu, aku tak ingat la tarikh bila.. Aku nak sangat makan New York Cheese Cake.. *Craving for that.. Nak beli mahal, aku fikir.. Why not aku try buatkan.. Jadi bermulalah cerita aku nak buat cheese kek nie..

      Malam tu Ayahanda dan Bonda nak pergi Tesco, katanya nak pergi cari barang dapur.. Haa! apa lagi, cepat-cepat aku offer diri nak ikut hehehe.. *Pantang diajak.. Sampai ja diTesco, aku request kat Bonda nak buat cheese kek.. Dia cakap ok.. *Apa lagi, aku amik ler barang-barang nak wat kek tu.. For uolls information, barang-barang berkaitan cheese and so on memang MAHAL! so, pilih yang terbaik and berkualiti dengan harga terendah ye! *Dah macam iklan la pulak huhuhu.. Below adalah bahan-bahan yang aku beli di Tesco *Tiga barang ja, coz yang lain dah ada kat rumah.. :
  1. Philadelphia cream cheese [Bahan Utama]
  2. Oreo cookies 2 bungkus [Tak sempat nak amik picture hehehe]
  3. Sour cream

Tuudiaaa!

Bahan-bahan kek :

*Semua bahan mesti berkeadaan SUHU BILIK!
Philadelphia cream cheese
Oreo cookies 2 bungkus
1 cawan Sour cream
3 sudu besar Butter cair [Buttercup sedap!]
1 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar perasa vanilla
4 biji telur



Cara-cara membuat :
  1. Layer bawah - Hancurkan oreo cookies sehingga betul-betul hancur.. Kemudian, masukkan butter cair, gaul sebati.. Masukkan kedalam loyang petak yang telah diletakkan aluminium foil.. Ratakan dengan senduk *Kena betul-betul rata untuk dapatkan layer terbaik!
  2. Layer atas - Masukkan philadelphia cream cheese kedalam mixer bowl.. Kemudian, masukkan gula gaul hingga sebati.. Dah sebati, masukkan tepung, diikuti dengan perasa vanilla.. Putar sehingga betul-betul sebati.. Selepas itu, masukkan sour cream gaul sebati lagi.. Pastu, masukkan telur satu persatu kacau sehingga dapat doh yang moist
  3. Tuangkan doh keatas loyang yang telah diisi oreo cookies tadi.. AND YOU READY TO BAKE!
  4. Bakar selama 40 minit, 300 darjah celcius..
  5. Bila kek dah masak, sejukkan dalam 30 minit suhu bilik kemudian masukkan kedalam peti sejuk selama 4 jam, TAPI aku buat semalaman sebab buat tengah malam hehehe.. *Sabar itu ada hikmahnya ngeeee!


HASILNYA! tadaaaaa...
NEW YORK CHEESE CAKE

Pagi-pagi sarapan kek nie!


  
      Itulah kepuasan hati aku bila LULUS! buat cheesecake nie, sebab tak semua pembuat kek ni menjadi.. Syukur cake aku SEDAP! kalau nak dibandingkan dengan Secret Recipe macam sama ja kalau buat hahaha..  Uolls try la buat ye, follow my recipe! Insya Allah ada usaha jadilah Cheesecake uolls.. Yummie fammie!
 

p/s : Enjoy every moment making this Cake!

IM'MA . CAKE . MAKER

      Hey READERS! Aku nak tanya, pernah tak uolls makan kek sarang semut a.k.a kek gula hangus? Haa.. nie aku nak bagitahu, 1st time aku wat kek tu MENJADI! \m/  \m/ *yeahhh.. Actually, resepi kek sarang semut nie super duper Simple ja.. Apa yang uolls perlukan seperti berikut :

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara membuat:

Uolls kena msak gula dengan api sederhana hingga hangus *warna brown.. Masukkan air & kacau hingga cair. BE CAREFUL semasa masukkan air, coz gula tu akan meletup2.. So, tutup periuk utk elak terkena percikkan. Pastu masukkan mentega dan sejukkan.. *psstt.. aku tak sejukkan pown hehehe..

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat.. Masukkan susu pekat dan kacau sebati..
Ayak tepung dan soda bikarbonat.. Masuk dalam adunan sedikit demi sedikit.. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.. kacau sebati lagi.. Perap adunan selama 3-4 jam.. *Untuk dapatkan sarang semut tu.. Bakar dgn api sederhana 180 -190 selama 45 minit hingga ke 1jam *Ikut oven masing2 dan ITU anggaran oven rumah aku hehehe..

Tips :
  1. Nak tahu kek dah masak atau belum, ambil lidi dan cucuk ditengah permukaan kek.. Kalau melekat tandanya BELUM masak.. Kalu tak lekat tandanya DAH BOLEH MAKAN! hehehe..
  2. Untuk beginners nak wat kek, aku cadangkan guna sukatan cawan medium size.. Takot kek uolls tak jadi, rugi tepung kat rumah hehehe..
  3. Always update kat oven, jangan terleka.. Nanti kek RENTUNG!

Nie lah hasil KEK SARANG SEMUT aku :))
Nampak tak sarang semut tu..

Photo blur la pula..


p/s : Makan jangan tengok lubang-lubang tu, Ngeri! hahahahaha

June 11, 2011

P R I O R I T Y

Salam READERS! agak lama aku tak menaip BLOG.. Semua dah tahu cuti sekolah dah mula, terus Bonda aku call beritahu nak balik kg lepas tu tengok rumah skali kat Johor.. Mulanya aku malas la nak ikut sebab fikir class tak abis lagi and final lagi tapi aku dapat tahu yang class Statistic dengan E-commerce akan berakhir minggu tu juga.. Rasanya dah lama juga aku tak balik kg. sejak Nenek meninggal.. Rinduuu.. Apa lagi, cepat-cepat aku packing barang.. *malas duduk hostel*

      Kebetulan sebelum nak balik kg. Mr.Tokyo ada projek "Retro night" aku pun di-invite ke program dorang atas subjek Human Personality & Team Building yang aku dah amik kira-kira 1st sem lepas.. Aku pergi sebab nak support Mr.Tokyo *suka tak sayang* hehehe.. Macam-macam ragam, fesyen dan acara ada malam retro tu.. Best juga lah.. On the same time aku keeping up with khairy family hahaha.. *ayat tak ley blah* yela.. Aku kena make sure dowg kat mana takut aku terleka dowg dah sampai..

      Finally Bonda call bagitahu dowg jauh lagi dan mungkin tak sempat masuk hostel amik TV.. Hmmm.. Aku terus tukar plan B, minta tolong Mr.Tokyo angkat barang dan TV keluar dari hostel dan tunggu family aku kat Main gate Unisel lepas dia abis program tu nanti.. Finally dowg sampai.. Sempat juga Mr.Tokyo jumpa dengan Khairy Family hahahaha.. *calon pilihan salam ciom tangan, tuudiaaaa* Lepas tu kami terus berangkat ke Johor Bahru.. yeaaahhh..

Nasi Briyani Power *marvelesss*
      Sampai je rumah kat johor tu, aku tengok jam, pagi pukul 5 lebey.. Sedar-sedar Ayahanda suruh mandi cakap nak pegi jalan-jalan cari makan.. Pada mulanya aku malas nak bangun, tapi lapa punya pasal.. Aku follow! Boleh dikatakan 100 peratus Ayahanda aku berpandukan GPS.. Fuhhh.. lemau gak tunggu direction lembab GPS tu.. Bila kami tanya " Nak makan kat mana Bah?" *shortform ABAH* Dia keep telling, ikut jela.. GPS ni nanti bawa.. (^_-) *ABAH aku dah canggih sekarang! hahaha* Rupanya Ayahanada bawa pegi makan NASI BRIYANI POWER kat Batu Pahat laaaahaihh.. *gelak terbahak-bahak aku dengan Adik aku* Kira ikthiar Ayahanda aku neh beroleh hasil juga lah.. Hahaha sumpah klaka.. Punyalah lama kami semua tunggu plus terpinga-pinga tengok jalan yang tah la ketahuannya...

Mee Bandung Muo *Ejaan mmg cmtu*
      Bermacam-macam aktiviti menarik aku buat sepanjang seminggu parent aku cuti di Johor serta adik aku cuti sekolah *Aku yg tolong abiskan cuti sekolah dia* hahaha.. Pegi umah arwah Nenek jumpa Pak usu, Pegi lawat umah Mak yah dgn Abah Ab, Bonda masak kat umah pastu makan ramai-ramai kat kg., Kemas rumah, Cuci porch, Tido, BBM *eh! tertulis hahaha, Jalan-jalan cari makan Mee Bandung Muo..  Semuanya aku manfaatkan dengan keluarga aku.. Sebab bagi aku, memori macam tu tak akan wujud lagi dah kalau kita semakin meningkat usia tua.. So, aku amik peluang neh, hargai masa yang ada dengan family aku..



p/s : FAMILY IS MY PRIORITY!

May 25, 2011

DARI . BLOG . AKU . UNTUK . KAU

      Kau, ye kau.. kadang aku buka folder picture lama aku tengok gambar-gambar kenangan kita dulu.. Aku pending.. Sayup je rasa hati nie bila ingat balik kenangan yang kita cipta hanya melihat sekeping gambar.. *OK, tetiba start nangis* Babe, aku tak kuat.. YES! aku tak kuat nak hadapi semua tanpa kawan macam kau.. Kawan susah senang sama-sama dulu..

      Babe, aku ingat lagi.. Saat kita jatuh, bangun, gelak, ketawa, kaya, miskin *ayat student xda duit* sama-sama.. Suma tu kenangan terindah bagi aku.. Ye, aku sedar..  Ada masa kita perlu bersendiri, itu LUMRAH.. Aku faham.. Tapi kalu nak fikirkan, memang banyak perkara baru aku harungi dengan kau.. *Bak kata orang lain* Mana ada aku, situ ada kau.. Ouh, AKU RINDU KAU! ;((

      Babe, aku selalu fikir ada hikmah disebalik semua nie.. Aku tahu DIA dah tentukan yang terbaik untuk kita.. Kita kena belajar terima apa yang dah ditetapkan.. AKU KUAT! perkataan tu lah yang setiap hari aku tanamkan dalam kotak minda aku ni.. Semua dah sendiri tanpa kawan baik.. Babe, kau tahu.. Lepas kau pegi.. Aku dah susah nak percayakan orang erti kata lain, tak rapat sangat dengan sapa-sapa dah.. Siyes aku cakap AKU RASA SUNYI..

      Kadang kau datang, tapi aku tak dapat pegi jumpa kau.. Aku nak sangat, tapi busy.. Hmmm.. babe, kau nak tahu, kadang lepas kita jumpa aku macam tak nak bagi kau balik.. Kelopak mata aku macam bertakung air tunggu nak limpah ja, tapi tak terlimpah, sebab aku boleh tahan lagi.. Tapi kau tak tahu lepas ja kau hilang dari pemandangan aku, Suddenly air mata aku berlinang.. maybe dia request.. I NEED YOU.. Dan sekarang kita dah ada life masing-masing.. Aku paham! paham sepaham-pahamnya.. 

       Indeed kau selalu cakap, aku beruntung ada MR.TOKYO.. Dia selalu dekat dengan aku.. Jatuh bangun aku, Sedih Gembira aku dia selalu ada babe, tapi itu boyfriend tak sama macam friendship kita bina ;(( jauh beza SANGAT-SANGAT! kalu kau nak tahu, aku sedih semenjak kau pergi babe, sedih aku ni kekadang menyusahkan MR.TOKYO *sayang, i do apologies*.. Kau tahu tak rasa macam mana sedihnya kalu orang yang kita sayang itu hilang dari pandangan seharian?

      Aku balik umah kau tak da, Aku pegi dapur tak de periuk kuali dah, Aku masuk bilik ada tilam bantal aku ja, Masuk bilik air dah tak da bakul mandi kau.. Kau tahu, sampai sekarang aku guna bakul mandi kau bagi kat aku tu.. Bila aku malas wat keja dah tak da orang bebel kat telinga aku ni.. Haishh.. Kalulah alam nie boleh putar, benda first yang aku nak buat adalah PELUK KAU! *shit! aku nanges*

Untuk kau yang bernama Sahabat, aku dedicated ni untuk kau.. Ibarat luahan hati aku yang aku tak dapat nak gambarkan, semuanya terlalu indah dan sukar untuk ditelan.. Nite2!



p/s : PROMISE! our friendship last forever



May 21, 2011

MINGGU . TEKANAN . BERMULA

      Hmm minggu ni agak tough untuk aku tempuh.. Busy like a Bee la.. aishhh.. Semoga short sem ni cepat habis dan aku nak balik habiskan sisa cuti dengan FAMILY iyeaaa! sebab aku dah tersangat TERTEKAN = STRESS tahap dewa-dewi sekarang.. Macam pikul beban nak pecah kepala, fikirkan semua tu..


   Cuba imagine, aku kena wat itu ini dengan hanya seminggu ja? OMG! bak kata Nabil Raja Lawak, memang tak menyempatlah nak spend time ke hapa kan.. *emo jap* Tapi, dalam duk busy tu lah aku sempat tengok 'Pirates of Carribean' hahahaha.. Lepaskan tension jap, pastu, esoknya Mid-Term E-com *haa..amik kau!* nasiblah dengan adanya fahaman dari buku serta slide, aku fahamkan diri aku dengan pemahaman yang diberikan oleh Madam.. pheww! *selesai satu perkara*

      Satu dah settle, ada lagi 3 belum settle ni.. *waduhh waduhh.. antaranya :
  • 23 May 2011 - Hantar tutorial and Statistics Mid Test
  • 25 May 2011 - Hantar report E-comm
  • 27 May 2011 - E-comm presentation
      So, aku kena tekad , redha dan tekun untuk habiskan semua yang tertunggak, ingat, jangan berhutang ye! hahahaha.. So, kawan-kawan seperjuangan apa ditunggu lagi dengan kerja yang belum selesai? Jom kita kerjakan sekarang.. haiyakkk!!!


p/s : Sibuk-sibuk pun sempat update BLOG hehehee..


May 18, 2011

GEMUK . VS . KURUS

      Hmm.. rasanya tak ramai yang tahu aku nie dulu penah tersangatlah GEMUK! [bagi aku la] Actually, aku paham beno perasaan orang-orang yang gemuk neh, hmm.. maniskan ayat *Chubbie* .. Aku tahu rasa tu macam mana bila ada orang mengata, rasa tertekan macam mana bila ada orang pandang-pandang jeling-jeling *macam lagu S.M Salim & Siti la plak haha..* TEKANAN wa cakap lu oi!

      Ha, kisah aku bermula pada ujung tahun dekat-dekat aku nak abis tingkatan 3 and nak masuk tingkatan 4.. Time tu, 1 je GOAL, MISSION, VISION, TARGET, SCOPE dan segala macam mak nenek adik bradik untuk aku kurus.. *segala mcm mak nenek tersebut adalah* nak pakai baju kebaya raya tahu 2004 tu!

      Start dari hari tu, aku bersenam, joging, dance, pilates and so on.. I will do anything that related with healthy lifestyle erti kata lain OBSESS dengan peluh.. Aku sedar, dulu aku kuat makan and makan tak pernah tinggal MAGGI!.. Itulah musuh utama dan penyebab tunggal aku chubbie.. Ouh! sesungguhnya aku tak nak putar balik kezaman kegemukkan dulu.. Sekarang aku nak maintain ja..

      Berbalik pada crita tadi, finally.. ALL my EFFORT gettin the result.. Alhamdulillah tahun 2004 tu jugak aku dapat beraya pakai baju KEBAYA olls.. Even do, kebaya tu kena wat longgar-longgar coz mak aku takut anaknya besar balik hahaha.. Dun worry mak, i believe in myself *ngeee :D* Bila segala mak nenek dah tercapai, aku teruskan lagi usaha aku.. Kali nie bukan ja nak kurus, tapi nak ada tone muscle kat tubuh.. Aku wat senaman macam-macam sit-up, squad, crunch untuk dapatkan result yang MANTAP! hahahaha..

      BUT, uolls sekalian, jangan sesekali amalkan pil atau ubat-ubatan pelangsing ok.. Bagi aku suma tu tak sihat.. Memang uolls akan kurus tapi berat uolls akan bertambah berlori-lori once dah stop eating all that rubbish.. Dan segala usaha tu sia-sia ok.. Trust me, and believe in yourself yang uolls can do better than me..

      10 rules of mystyle yang uolls boleh follow untuk kurus :

1. Makan nasi sesenduk ataupun separuh tapak tangan sahaja *Nasi musuh kita untuk kurus even do nasi beriani gam ke, nasi tomato ke, nasi ayam ke.. katakan SIKIT je utk tenaga!
2. Buang suma junk food yang ada dalam almari atau peti ais, ganti dengan biskut oat, oat bar and etc. *Healthy food
3. Makan lebih sayur and buah
4. Nie yang wajib amik tiap-tiap hari AIR PUTIH!
5. Fakta salah tentang makan malam! *Makan malam penting, tapi jangan makan yang berat-berat   ok, makan ala kadar untuk alas perut sebelum tido
6. Kalu yang duk DIET sgt, *my suggestion* minum air soya.. Kaya dengan protein & mengenyangkan
7. Bersenam main point untuk kurus *kalu malas, buat jog setempat sambil mengadap cermin besar mcm aku buat
8. Avoid makan berminyak & berlemak
9. Kalu mulut terasa nak makan atau mengunyah, jadikan kacang badam atau gajus sebagai snack.. Mana yang tak makan kacang, gantikan dengan granola bar *aku bedal je dua-dua hehehe..*
10. Sentiasa bagi ruang untuk perut berehat and jangan sentiasa fikirkan makanan *kunci nafsu makan*


 sebelum
[actually ada lagi pic b4-b4 punya yg aku besar dari nie, tapi tak jumpa kalu ada nanti Insya Allah aku upload yahh!!! ]


HASILNYA, TADAAAAA!!!!

sekarang 


p/s : kena start rutin balik sebab dah Chubbie :P