Malam tu Ayahanda dan Bonda nak pergi Tesco, katanya nak pergi cari barang dapur.. Haa! apa lagi, cepat-cepat aku offer diri nak ikut hehehe.. *Pantang diajak.. Sampai ja diTesco, aku request kat Bonda nak buat cheese kek.. Dia cakap ok.. *Apa lagi, aku amik ler barang-barang nak wat kek tu.. For uolls information, barang-barang berkaitan cheese and so on memang MAHAL! so, pilih yang terbaik and berkualiti dengan harga terendah ye! *Dah macam iklan la pulak huhuhu.. Below adalah bahan-bahan yang aku beli di Tesco *Tiga barang ja, coz yang lain dah ada kat rumah.. :
- Philadelphia cream cheese [Bahan Utama]
- Oreo cookies 2 bungkus [Tak sempat nak amik picture hehehe]
- Sour cream
![]() | |
| Tuudiaaa! |
Bahan-bahan kek :
*Semua bahan mesti berkeadaan SUHU BILIK!
Philadelphia cream cheese
Oreo cookies 2 bungkus
1 cawan Sour cream
3 sudu besar Butter cair [Buttercup sedap!]
1 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar perasa vanilla
4 biji telur
Cara-cara membuat :
- Layer bawah - Hancurkan oreo cookies sehingga betul-betul hancur.. Kemudian, masukkan butter cair, gaul sebati.. Masukkan kedalam loyang petak yang telah diletakkan aluminium foil.. Ratakan dengan senduk *Kena betul-betul rata untuk dapatkan layer terbaik!
- Layer atas - Masukkan philadelphia cream cheese kedalam mixer bowl.. Kemudian, masukkan gula gaul hingga sebati.. Dah sebati, masukkan tepung, diikuti dengan perasa vanilla.. Putar sehingga betul-betul sebati.. Selepas itu, masukkan sour cream gaul sebati lagi.. Pastu, masukkan telur satu persatu kacau sehingga dapat doh yang moist
- Tuangkan doh keatas loyang yang telah diisi oreo cookies tadi.. AND YOU READY TO BAKE!
- Bakar selama 40 minit, 300 darjah celcius..
- Bila kek dah masak, sejukkan dalam 30 minit suhu bilik kemudian masukkan kedalam peti sejuk selama 4 jam, TAPI aku buat semalaman sebab buat tengah malam hehehe.. *Sabar itu ada hikmahnya ngeeee!
HASILNYA! tadaaaaa...
NEW YORK CHEESE CAKE
![]() | |||
| Pagi-pagi sarapan kek nie! |
p/s : Enjoy every moment making this Cake!


No comments:
Post a Comment