May 18, 2011

GEMUK . VS . KURUS

      Hmm.. rasanya tak ramai yang tahu aku nie dulu penah tersangatlah GEMUK! [bagi aku la] Actually, aku paham beno perasaan orang-orang yang gemuk neh, hmm.. maniskan ayat *Chubbie* .. Aku tahu rasa tu macam mana bila ada orang mengata, rasa tertekan macam mana bila ada orang pandang-pandang jeling-jeling *macam lagu S.M Salim & Siti la plak haha..* TEKANAN wa cakap lu oi!

      Ha, kisah aku bermula pada ujung tahun dekat-dekat aku nak abis tingkatan 3 and nak masuk tingkatan 4.. Time tu, 1 je GOAL, MISSION, VISION, TARGET, SCOPE dan segala macam mak nenek adik bradik untuk aku kurus.. *segala mcm mak nenek tersebut adalah* nak pakai baju kebaya raya tahu 2004 tu!

      Start dari hari tu, aku bersenam, joging, dance, pilates and so on.. I will do anything that related with healthy lifestyle erti kata lain OBSESS dengan peluh.. Aku sedar, dulu aku kuat makan and makan tak pernah tinggal MAGGI!.. Itulah musuh utama dan penyebab tunggal aku chubbie.. Ouh! sesungguhnya aku tak nak putar balik kezaman kegemukkan dulu.. Sekarang aku nak maintain ja..

      Berbalik pada crita tadi, finally.. ALL my EFFORT gettin the result.. Alhamdulillah tahun 2004 tu jugak aku dapat beraya pakai baju KEBAYA olls.. Even do, kebaya tu kena wat longgar-longgar coz mak aku takut anaknya besar balik hahaha.. Dun worry mak, i believe in myself *ngeee :D* Bila segala mak nenek dah tercapai, aku teruskan lagi usaha aku.. Kali nie bukan ja nak kurus, tapi nak ada tone muscle kat tubuh.. Aku wat senaman macam-macam sit-up, squad, crunch untuk dapatkan result yang MANTAP! hahahaha..

      BUT, uolls sekalian, jangan sesekali amalkan pil atau ubat-ubatan pelangsing ok.. Bagi aku suma tu tak sihat.. Memang uolls akan kurus tapi berat uolls akan bertambah berlori-lori once dah stop eating all that rubbish.. Dan segala usaha tu sia-sia ok.. Trust me, and believe in yourself yang uolls can do better than me..

      10 rules of mystyle yang uolls boleh follow untuk kurus :

1. Makan nasi sesenduk ataupun separuh tapak tangan sahaja *Nasi musuh kita untuk kurus even do nasi beriani gam ke, nasi tomato ke, nasi ayam ke.. katakan SIKIT je utk tenaga!
2. Buang suma junk food yang ada dalam almari atau peti ais, ganti dengan biskut oat, oat bar and etc. *Healthy food
3. Makan lebih sayur and buah
4. Nie yang wajib amik tiap-tiap hari AIR PUTIH!
5. Fakta salah tentang makan malam! *Makan malam penting, tapi jangan makan yang berat-berat   ok, makan ala kadar untuk alas perut sebelum tido
6. Kalu yang duk DIET sgt, *my suggestion* minum air soya.. Kaya dengan protein & mengenyangkan
7. Bersenam main point untuk kurus *kalu malas, buat jog setempat sambil mengadap cermin besar mcm aku buat
8. Avoid makan berminyak & berlemak
9. Kalu mulut terasa nak makan atau mengunyah, jadikan kacang badam atau gajus sebagai snack.. Mana yang tak makan kacang, gantikan dengan granola bar *aku bedal je dua-dua hehehe..*
10. Sentiasa bagi ruang untuk perut berehat and jangan sentiasa fikirkan makanan *kunci nafsu makan*


 sebelum
[actually ada lagi pic b4-b4 punya yg aku besar dari nie, tapi tak jumpa kalu ada nanti Insya Allah aku upload yahh!!! ]


HASILNYA, TADAAAAA!!!!

sekarang 


p/s : kena start rutin balik sebab dah Chubbie :P

No comments:

Post a Comment