March 12, 2013

#SweetEscape 1 - Krabi Island


Krabi and Phuket..

Pernah tak kowg terfikir atau pasang angan-angan nak holiday ke pulau tercantik seperti yang aku sebut diatas?  Ada? Sila angkat jari kelenking *Hikk..Hikk gurau ja*

Januari 2013 aku dah pun menjejakkan kaki ke Krabi dan Phuket Yeayyy! Tak sangka sampai jugak ke pulau angan-angan aku tu untuk bercuti hehehe.. Memandangkan ini percutian bajet beserta tema “Backpacker” aku ikut laluan darat untuk masuk ke sempadan Thailand. Kalau kowg rasa tak berbaloi atau kejar masa, better naik flight. Bagi aku, aku nak enjoy every journey and moment dalam hidup aku so pilih menaiki minivan ke Thailand. Lepas berbincang dengan Mak dan Abah, dowg setuju aku pergi dengan rombongan kerja member aku, kami berempat sumanya.. *Yehaaa..* Berkobar-kobar dan excited aku infom member aku, bagitahu nak follow. Tapi sebelum pergi, aku tak lupa buat research bagai.. Mana bole pergi dengan zero knowledge. Memacam aku gugel pasal Thailand especially about Krabi and Phuket then baca blog-blog dari bloggers yang dah jejakkan kaki ke sana. Banyak info aku dapat dari research tu.. MEKASEH! antaranya currency, culture, musim elok kesana dan paling penting waktu negara yang kita lawati. Suma tu kena tahu. Kalau takmau tahu ikut kowg lah heee..

Oke, tanpa banyak membebel.. *Haaa.. The adventure begins*

 
Dalam minivan, comfort kan? Yes!
Tiket aku beli dua hari sebelum berangkat ke sana di Chulia Street, penang. Memacam travel agency kowg boleh lihat kalau berada disitu. Memandangkan kami semua backpackers dan tak mahu ikut agency rule, kami hanya mengambil service pangangkutan untuk ke destinasi pertama, iaitu Krabi Island. Bagi pendapat aku, tiket yang dijual sangat berpatutan, seorang hanya RM60 ke Krabi.

Kami berangkat dari penang seawal pukul 5 pagi. Kemudian berhenti sebentar di Changloon, Kedah untuk cop passport dan gerak masuk ke Thailand sekitar pukul 10 pagi. So far process neh berjalan lancar takda pulak lambat ke hapa macam blogger-blogger lain kata tentang mutu perkhidmatan boarder sana teruk. Alhamdulillah untuk kami oke! Tapi sebelum tu nanti driver akan minta 20 baht = RM 2.00 untuk tips. 

Finally arrived!
Pastu, driver singgah lunch kat Sadao, Thailand. Makanan yang dijual persis peniaga gerai makanan kelate tu.. Lauk pauk suma sedap baq hang! Heee.. Kat situ dowg still terima duit Malaysia. Harga pun berpatutan. Takda pulak cekik darah ke hapa. Aku amik lauk agak banyak juga aritu, harga dalam sekitar RM5 termasuk air! Selesai lunch, minivan terus gerak ke Krabi tapi ada pit-stop di Hadtyai untuk tukar minivan ke Krabi. Aku ingat terus je ke sana! Tapi jangan risau bayaran tips ke apa mmg takda dan service dowg berikan tip-top! Minivan pun ohsem! Dari Hadtyai kami terus ke Krabi city, kata driver perjalanan amik masa dalam 4 jam Perghh! Tapi tak terasa sebab banyak tido dan bersembang *Heee..* Kalau bosan JANGAN LUPA Ipod!

Sampai ja Krabi city, kami terus kena terjah oleh travel agency kat sana. Tips! Jangan memandai deal apa-apa dengan dowg.. Just cakap kowg backpackers dan nak survey sendiri, dowg akan paham. Siyesly ini berlaku pada aku*Hehe * Aku sampai Krabi city tu dekat pukul 4.30 petang kalau tak silap. Terus berjalan singgah-singgah ke travel agency sana untuk cari pengangkutan ke Ao Nang Beach, Krabi. Sebab menurut research aku, dekat Krabi city takda apa sangat. Tak macam kat Ao Nang Beach!

Ao Nang Beach City
So dapat je tiket minivan agency Matcha Tour harga 350 baht = RM35 sowg, kami terus gerak ke Ao Nang Beach, perjalanan mengambil masa dalam 1jam lebih depend on pit-stop guest yang dowg hantar ke hotel atau resort-resort. Sampai ja Ao Nang Beach, kami kena decide nak stay hotel atau resort mana sebab dah petang sangat. Oke, caranya kami masuk tanya satu per satu hotel kat Ao Nang Beach tu. Game disini kowg kena pandai nego dan deal with dengan dowg. *Dah macam explorace aku rasa hahaha* Finally kami sebulat suara pilih Ao Nang Orchid Resort, Krabi! harga 2400 = RM 240 per night HABIS NEGO!. Not bad! Nice sesangat.. Satu bilik boleh masuk 4 orang sahaja kalau lebih tidak dibenarkan mengikut prosedur resort. Untuk pengetahuan kowg, ada ja backpacker hotel around 600 - 1000 baht after convert around RM 60 - 100 per night. Tapi belum tentu service dan bilik tu oke. Kalau untuk datang honeymoon, memacam pilihan hotel 3, 4 ,5 stars yang murah pon ada tersedia. Rate dalam 3500 ++ baht per night. So, pandai-pandailah cari dan jangan kena KENCING! sudah hehehe.
Siyesly ohsem beach I eva go!

Malam tu, kami keluar jejalan sekitar beach dan makan malam. Pilihan makanan memang banyak tapi hati-hati sebab banyak kedai menjual makanan tidak halal. Night market kat Krabi neh tak banyak beza aku rasa. Ala-ala batu feringgi ja sbab mat bangla and burmanese juga yang jual tapi suasana lagi happening dari penang *siyesly best!* Dah nama pun ke Thailand segala signboard, makanan, entertainment dan merchandise suma mestilah barangan Thailand, aku hanya beli key chain Krabi untuk kenangan sebab kebanyakkan barang aku bole dapat kat Penang dengan harga 100 baht = RM10 dan pulang ke hotel dengan hati yang gembira memikirkan perjalanan esok pulak. Tido tak hingat dunia letih 1 hari perjalanan yang OHSEM!

Oke, cerita neh akan bersambung sebab aku dah ngantuk..

Tungggguuuuu! 

No comments:

Post a Comment