August 22, 2011

U N H A P P Y . M O N D A Y

      Salam readers! haa.. baca je title post aku mesti kowg nak tahu kenapa aku unhappy kan.. hmm.. Aku ingat pagi isnin aku boleh settlekan semua kerja aku.. Antaranya :

1. Pegi Dewan Biru, amik tag moto  DONE
2. Pegi Canselori tanya pasal PTPTN  -
3. Pegi FITM tanya tentang pencil case yang misplace  -
4. Pegi fotostat assignment Expert System & Knowledge Engineering  DONE 
5. Packing baju and anything yang berkaitan cuti yehuuu..  DONE


      Yang mana berkaitan dengan DONE tu, maksudnya kerja aku dah settle.. Yang Hang Down tu yang meng-geramkan aku! haishhh.. Aku ingat hari ni bole la settle semua sebelum aku balik hometown aku esok, tapi kita merancang Tuhan yang tentukan kan..
   
      Aku awal-awal pagi lagi dah excited bangun untuk siapkan semua yang Hang Down tu, bila pegi je canselori, orang Hep bahagian PTPTN tu cuti.. Lorhhh.. Bole pulak kau cuti isnin, dah tu dekat nak raya pulak.. Hmm saba je aku.. Aku memecut ke FITM, fakulti aku.. Nasib tak jauh *huhuhu.. Sampai je FITM aku terus meluru ke LT [ Lecturer Theater ] niat nak amik balik pencil case aku yang aku tertinggal pas buat mid-term sabtu hari tu.. Malangnya Mak cik cleaner kat sana bagitahu pencil case tu tak de dah.. Aduhhh! hampa aku rasa.. Aku sayang pencil case tu, macam-macam barang ada dalam tu.. Ya Allah! dugaan-dugaan.. Tapi tu memang salah aku pun.. hmmm k la kowg.. Mood aku dah hilang.. Rasa unhappy! Jumpa di next post...


p/s : nak tido, dari semalam tak dapat tido..



D E N D A N G . P E R A N T A U

Salam readers! Harini dah masuk tarikh 22 Ogos 2011 tepat pukul 3.30 pagi.. Aku macam biasa, tak bole tidur lagi.. Hmm.. Aku dah rasa tak sabar nak balik esok, 23 Ogos 2011.. Balik mana? Balik hometown aku la, Penang *hehehe..

Kelmarin aku berbuka puasa dengan housemate aku dan juga family aku.. Wah! Tapi family dalam SKYPE jela *ngeee.. Seronok juga eh, bebuka cam gitu.. Even dowg jauh, dengan internet kemudahan dihujung jari saja, macam aku tengah buat neh.. *update using BB hehe..

Oke la suma, need to sleep.. Dan aku tak bangon saho agaknya sebab dah saho kul 2 tadi hehehe.. Pada yg bangon saho, selamat bersahur.. :))

p/s : kadang bangun minum ja

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 16, 2011

V A R I E T Y . S T O R Y

      Salam Ramadhan ke-16 to all my Readers, woahhh.. tinggal 2 minggu lagi untuk kita sama-sama beribadat serta memohon doa kepada Allah dan menyambut Aidilfitri. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan kali ni..

     First of all aku minta maaf sangat-sangat kalu dah lama tak update post, yela.. Keje main POLYVORE je hehehe.. Yang terkini aku gila main ANGRY BIRD plak.. At first aku tak suka, bagi aku itu game yang karut.. Maw tak nya, kita kena lastik babi *ehem.. ayat sopan.. khinzir hahaha.. Lama-lama aku dah suka main game tu hahaha.. Once kowg dah dapat score, *perghhh!!! time tu memang sangat seronok.. kredit kepada Diha untuk game ANGRY BIRD  *ngeeee.. :))

      Bercakap pasal ANGRY, tetiba aku rasa angin dengan budak sekor neh.. Aku dapat cerita dari si polan budak rumah lama aku time kat Hostel waktu aku last diploma dulu.. Mengatakan, si BELLE ada masuk bilik aku senyap-senyap waktu aku mandi and copy file picture aku.. Sebab tu aku sangat tak suka orang ganggu PRIVASI aku.. Aku ingat kisah dia curi picture kat pendrive aku dah TAMAT! rupanya dot dot dot..

Sesi soal jawab, Apa kowg yang fikir tentang pompuan ni???
A) Gilaagaknya
B) Stalker kuat
C) Penyakit Hasad Dengki la tu

      Bagi aku, semua jawapan diatas adalah jawapan aku! pompuan ni sangat gila agaknya.. Apa motif dia pun tah la.. Kenapalah orang selalu buat perangai macam tu kat aku? masuk dia, dah 3 orang perangai lahanat macam dia.. Haihhh.. Disebabkan pompuan-pompuan perangai macam neh, hidup aku still oke malah bertambah oke, tapi dowg? tah kemana-mana pastu semua orang tak suka dengan perangai dowg, bahagia ke weh..*Manusia Bodo adalah huhuhu..

Nak kata aku lawa? 
semua yang dengki kat aku suma lawa except BELLE haha..
Nak kata aku ada kereta? 
aku naik moto je pon, berpanas berhujan.. kowg relax bawak kereta..
Nak kata aku kaya? 
Halu-halu, kowg tu canang kowg 'anak dato, tan sri suma bagai' shopping sana sini hahaha lastly beg, baju aku juga kowg nak pinjam..
Nak kata BF aku kaya? 
Hahaha.. BF aku biasa ja! BF kowg kaya meletop pomm pomm macam bunyi mercun..
Nak kata aku ramai kawan? 
Tapi sapa yang lalu atau tersempak depan aku adalah 'kawan' dowg padahal aku kenal orang tu, bila aku tanya, orang tu xkenal kowg pun..
Nak kata parent aku kaya?
Kowg cakap parent kowg kerja SUPERB, hebat, bagus.. Ayah mejar general la.. Lecturer la.. Businessman la.. padahal, cakap cam keling!

      So, kenapa perlu dengki kat aku dan perlu ke stalk hidup aku.. hey, AKU BIASA JA, sapa yang kenal dan dah lama kawan dengan aku TAK DE masalah pun, kowg yang aku baru kenal 1, 2 sem perangai dah macam sundal kenapa? suka eh masuk BLOG aku? hahaha.. Mekaseh la :))

So apa kata kowg fikir sendiri kenapa dowg berperangai dengki dan suka stalk aku.. SEBAB, aku dah buntu nak cari apa jawapannya..

Oke, sebelum aku merepek lagi, aku benti kat sini. :))




p/s : selesa bersendirian dan buat hal sendiri


August 8, 2011

T A T A U . K E N A P A

    
    
      Salam Readers! Harini dah genap Ramadhan ke-8. Haaa, cepatkan masa berlalu. Tapi bukan kisah Ramadhan nak aku ceritakan kat blog, ini pasal masalah widget, gadget dan yang berkaitan dengan BLOG!

      Bukan aku tak mahu masukkan widget 'LinkWithin' untuk memudahkan korang baca pass entry. Actually dah banyak kali aku try buat even dah Google masalah yang berkaitan. Result sama yang aku akan dapat, widget tu akan link kan page aku ke URL lama -> awworth. SO, dah faham maksud aku? Bukan tak mahu, TAPI
t a t a u . k e n a p a!

      Comment box pun satu hal juga, dah berkali-kali aku try masukkan widget tu dan berkali-kali jugalah aku gagal. Google problem pun sudah, finally hasil menghampakan. Bukan aku sengaja tak bagi korang komen oke. Disebabkan ada kesilapan teknikal dekat page aku, aku tak boleh masukkan widget tu,
t a t a u . k e n a p a!

      Google follower widget pun buat aku menyirap dan rasa nak minum sirap!!! *ngerrrr.. Widget tu dah berkali aku masukkan sampai aku buat 'coding' aku sendiri, still TAK BOLE2, end up aku give up dah.. Start dari 1st Blog aku lagi dah tak bole masukkan. Nak tukar template aku create ni sangat UNLIKE! jadi, aku biakan je Networked Blog follower change place.
t a t a u . k e n a p a! *hahahaha..

      Sapa-sapa nak jadi follower aku, may follow me on NETWORKED BLOG :)) million thanx to you guys and girls x.O.x.O Mwahhh!

   
p/s : poyo bajet public figure jap hahahaha.. kan kan kan


August 5, 2011

S P O I L . B E T U L

Hello Readers, as u may know.. Aku ada low blood pressure..

Waktu masak nasi briyani tadi tiba-tiba aku rasa nak pitam dan pening-pening..

Terus aku masuk bilik dan baring memandangkan tak boleh minum dibulan Ramadhan..

Maybe sebab aku tak sempat bangun saho pagi tadi agaknya dan maybe sebab berjemur panas juga rasanya..

Aku suka makan kerang bakar, dan orang cakap kerang bagus untuk tambah darah..

Masalahnya, bila aku makan kerang, mula la alergic nak menyerang, haa.. Macam mana tu?

Ce cita, ce cita.. Mati kutu dah ni.. Gluppp :x


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone